Pages

Monday, December 20, 2010

iNsPiRaSi DaRi CeRiTa CiNtA

Assalamualaikum dan salam keindahan islam..
Sentiasa mengharapkan sahabat2 dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam roh iman dan islam. Biar d  uji dengan pelbagai ujian namun iman dan islam plu d letakkan d saff paling hadap untuk membantu dalam mberi kekuatan dalam mnyelesaikan masalah dan ujian. Baru kita akan perolehi nikmat d sebalik ujian dan kita akan nampak hikmah bila d uji..

Hari ini saya amat tertarik untuk bercerita tentang " inspirasi dari cerita cinta". Saya ingin bercerita ttg cerita cinta kerana saya melihat para shbt yg saya sayang, ramai d landa kesedihan akibat cinta. saya tahu ia amat skit dan amat memeritkan.. Namun pandang lah ujian Cinta itu dari sudut positif kerana dengan nya kita peroleh kematangan dan juga kita akan mjd sorng yg lebih berhati2.

Cerita cinta ini saya perolehi dr seorg adik lelaki sy d kampus UNIMAS.Satu2nya adik lelaki yang sentiasa setia d sisi kakak2 dan shbt muslimat. Bila dia bercerita tentang cerita cinta ini, saya amat tertarik dengan kebergantungan seorang muslimah ini kpd ALLAH dalam urusan jodohnya.

Cerita ini bermula apabila seorang muslimat mula memikirkan soal pasangannya, siapa dan bagaimana calon yang dia inginkn. Ibarat bulan jatuh ke riba dia bertemu dengan seorang muslimin yang seperti apa yang dia inginkan. Seorang yang hebat kepimpinannya, seorg hafaz setiap ayat d dalam Quran ALLAH, dan seorang yang hensem akhlaknya. Namun kesemua yang ada pada muslimin itu tidak menjanjikan merek bahagia.. Mereka mula mengatur cerita cinta mengikut syariat islam. Mereka berjanji untuk membina baitul muslim.
Namun dalam kehangatan cinta itu hadir seorang lagi muslimin yang merisik khabar dengan muslimat ini.. Tapi d tolak oleh muslimat ini.. Bagi muslimt ini muslimin yg ke 2 ini tidak sesuai dan tidak ada ciri2 yg dia iniginkn. Muslimat mnolak lamaran muslimin yg ke 2 itu. Amat lah kecewa muslimin itu Tuhan sahaja yg tahu.. Dia terus mbwa diri jauh dari muslimt itu..
Berbalik kpd soal hubungan muslimat dan muslimin yg pertama tdi, hubungan mereka takk ke mana. Muslimin itu lari meninggalkan muslimat itu kerana menemui pilihan lain yang cantik rupa paras dan dunianya. Teramat kecewa muslimat ini. Jauh dia membawa hati yang lara.Cuba merawat hati dengan cinta ALLAH.

Maka bermula lah episod cinta ALLAH d hati muslimat ini.Siang malam di bersujud utk istikarah. Namun dia masih gagal mendapat keyakinan hidupnya.Sedikit pun dia tidak kecewa bila dia gagal memiliki keyakinan cinta manusia kerana dia sudah menemui cinta ALLAH.
Dalam pencaian itu, dia mula menemuai jawapan d istikarah yg ke 1000 kali. Bayang kan kita mmpu tak seteguh dia dalam mencari jawapan..Yang kita tahu kita hanya menangis dan berharap siang dan malam pada orang yang kita cintai shj buka pd ALLAH.

Jawapan yg d temui adalah muslimin yang kedua. Dia mula membuka hati utk trima kkurangan yg ada pada muslimin yg ke 2 itu. Dia terima bila muslimin ini tdk hbat dlm kpimpinan nya, dan tdk hafaz ayat2 ALLAH. Namun dia silap, ALLAH itu Maha Adil. Bukan kh ALLAH pernah bfirman "mohonlah kpdKU nescya akan ku perkenankan pmintaanmu"..

Keinginan muslimat utk mmiliki suami yg sempurna dan mmiliki 3 ciri yg dia ingini ALLAH makbulkan. Rupanya lelaki ke 2 itu mbwa diri dlm myempurnakan doa muslimat itu. Muslimin itu menjadi tahfiz dan hebat kpimpinan dan akhlaknya..

Lihat lah kasih syg ALLAH pd kita.. Buat apa kita bsusah payah mbuang air mata pd yg bukan jodoh kita...izinkn dia pergi jauh2 dan bg yg bharap berdoalah agar dia yg d harapkan akan jd milik kita.@ setidak2nya suami kita nnti akan mjadi mgikut apa yg kita hajati..
Bangun lah wahai muslimat, jangan lemah dgn pujuk rayu lelaki.Lelaki yg beragama tdk mjajanjikan kbhgian jk dia tdk amalkn agamannya. Lelaki yang hbat kpimpinan tdk mjanjikn dia mjd hebat dlm memimpin diri,iman dan nafsunya.. Kerana dia juga manusia.. Letakkan kbergantungan hidup dan mati kita Hanya lah pd ALLAH..

SEKIAN, wasalam..
saya sayang kamu semua..

sarah ismail


*tdk tahu sjauh mana kbenaran cerita ini,.namun ia blh d ambil utk d jdikan pgajaran dan pnduan bt kita*

Friday, December 17, 2010

BiLa LaNgKaH HiJrAh MuLa Di AtUr

Assalamualaikum Dan salam seharum syurga ALLAH..

Mengharapkan setiap sahabatku berada dalam keadaan sihat dan yang paling penting berada dlm rahmat dan Redha ALLAH.. Apa erti kehidupan andai kata Allah tidak Redha dgn setiap pbuatan kita. Ayuh sahabat kita mula meniti kembali hari semalam yang kita tinggalkan...Adakah kita masih berada @ memilih untuk berada d jalan yang jauh dari rahmat dan Redha ALLAH???Persoalan ini saya ajukan buat diri sendiri dan juga buat kawan2 saya.. Jika dulu saya juga seperti kalian...Memilih jalan keseronokan dan juga jalan yang hanya memberi hiburan.. Sudah pasti jalan itu jauh dari redha ALLAH..

Mana mungkin ALLAH redha jika kita berada di jalan yang melupaiNYA,mana mungkin ALLAH redha jika kita asyik dengan keseronokan dunia.. Jika dulu saya memilih untuk berada d jalan yang kelam dan penuh kegelapan,jika dulu saya seronok utk bersorak dan melompat d konsert2, jika dulu saya tidak kisah untuk mendedahkan aurat, jika dulu saya jauh dari rumah ALLAH, dan jika dulu saya amat suka berhibur.. Namun itu tidak bermakna saya akan terus d jalan itu.. saya sedikit pun tidak malu untuk menyatakan siapa saya sewaktu waktu dulu.. Tapi itu semua dulu.. Manusia mampu berubah, kerana hati kita milik ALLAH. Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh mencampakkn hidayahNYA d hati kita, namun semua terserah kpd kita.. Kita ingin sambut hidayah itu atau kita biarkan ia berlalu begitu sahaja..Semua bergantung kpd Kita..

Saat akal mula memikirkan bahawa diri ini terlalu berharga,saat hati mula di sentuh dengan roh hidayah dan saat itu juga diri mula rasa ingin berhijrah. Bermulalah langkah Hijrah ku atur di alam kampus.. Ada yang perasan akan perubahanku dan ada juga kawan2 yg sudah tidak rapat dengan ku lantaran saya memilih untuk berada di jalan dakwah. Saya bukan sahaja memilih untuk menjadi penyokong kpd perjuagan islam namun lebih besar dari itu.. Saya memilih untuk menjadi pdokong kepada perjuagan islam. Terasa beban dakwah itu amat berat untuk d pikul namun saya ada ALLAH yang sentiasa memberi kekuatan jiwa.. Ujian yang datang dan pergi hanyalah tarbiyah untuk membina hati yang kuat dan jiwa yang kental..

Berhijrah tidak semudah yang di fikirkan.  Payah amat payah tapi untuk mendapat yang bernilai pasti kita perlu melakukan pgorbanan yang besar dalam kehidupan ini. Seorang yang memilih untuk berubah perlu ada 5 H dalam perubahan nya..
H yang pertama dan paling utama ialah kena memiliki "HATI" yang kuat...
bagaimana untuk kita memiliki hati yang kuat???Jawapanyan ada pada tahajud d 1/3 malam dan ada pada zikrullah.. Tahajjud ada lahh kekuatan untuk para pejuang agama ALLAH. Jika  kita singkap kembali sirah Rasulullah, kita dapat temui kekuatan tentera islam bukan ada pada jumlah yang ramai namun ada pada Tahajjud. Rasulullah tidak pernah meninggalkan tahajjud. Atas sebab itu hati dan jiwa kekasih ALLAH ini amat kuat dan tidak pernah berputus asa. Begitu juga dgn kita.Jk kita ingin berubah, cari lah kekuatan itu pada tahajjud.. Kelak kita tidak akan mudah rebah deh ujian dan tidak pernah mati dek keji manusia. Perbanyak kan mengingati ALLAH dengan berzikir.. Jiwa yang kosong akan terisi dengan cinta ALLAH.. Dan manusia yang paling berjaya ada lah manusia yang sentiasa mengingati mati...

H yang kedua ialah "Hampiri" orang yang bersifat positif..
Jika kita ingin berjaya dalam penghijrahan kita, cubalah untuk hampiri orang yang sentiasa positif dengan jalan dakwah.Orang yang memikirkan jalan dakwah adalah jalan untuk mentarbiyah diri sebelum bertemu ALLAH.. kelak kita akan termotivasi dengan semangat para da'ie ini.. Biar siapa kita, biar secetek mana ilmu kita, kita jangan takut untk bersama mereka keran kita adalah sama tapi apa yang membezakan kita adalah tahap keTaqwaan kita pd ALLAH.. Jika ilmu kita kurang, carilah dan jangan pernah meninggalkan jalan dakwah..

H yang ketiga ialah "HINDARI" orang yang jauh dari jalan ALLAH..
Jika kita belum yakin dengan iman kita, elok kurangkan masa bersama orang yang jauh dari jalan ALLAH.. d bimbangi kita tidak mampu untuk menepis permintaan mereka untuk meninggalkan Hijrah yang kita pilih.. Akan tetapi kawan2 kita yang masih jauh dari jalan ALLAH jangan d biarkan mereka berterusan begitu.. Tarik lah mereka agar mereka juga menikmati roh hidayah ini.. Mereka menjadi tanggungjwab kita.. Mereka juga sedara kita..Mana tahu mereka mendapat hidayah lantaran kita..Dan kita org yg lebih mulia dr apa yg disinari matahari jika ada kwn2 mdpt hidayah lantaran kita.. Jangan cepat menghukum jk ada kwn2 melakukan kesilapan,angaplah itu sbhgian dari medan dakwah..

H yang keempat ialah "HAJAT"
Sebagai insan yang ALLAH ciptakan sbg khalifah ini harus hidup dengan ber"HAJAT" .. Berhajat kpd ilmu,berjahat kpd kjyaan,berhajat kepada perkara yang memberi manfaat kpd islam.. Binalah matlamat utk berjaya kelak akan ada usaha yang d palu utk mcapai kejayaan. 

dan H yang terakhir ialah " HIJRAH".
sentiasa lah kita mebina hari2 yang kita lalui dengan Hijrah. Hijrah ke arah yang lebih baik.. Jika hari semalam amat mduka citakan, jgn biarkan ia berulang pd hari ini dan bina kewaspadaan utk menempuh hari esok.. Dalam peghijrahan ini yang paling penting ialah ilmu. cari lah ilmu ALLAH yang banyak ini untuk d pasakkan ke hati kita...Kelak kita juga akan berjaya..

sekadar itu dulu perkongsian saya ini..selamat berhijrah dan salam kembara..

saya SAYANG kalian..
-Sarah ismail- 

Tuesday, November 30, 2010

Benarkah cintaku milikmu??

Salam kembara di bumi Tarbiyahku ini..
Apa khabar sahabat semua??apa khabar iman kita??apa khabar jiwa dan hati kita?apa khabar amal kita??
Adakah semuanya baik??atau masih terumbang ambing?
Persoalan ini saya lontanrkan jauh di relung hati saya juga..Apa khabar iman saya hari ini? Saya tidak mampun untuk menyatakan iman saya sihat Alhamdulillah sedangkan iman asyik turun dan naik..jika iman sentiasa turun makan rosaklah diri..akan berlaku pertembungan antara kehendak nafsu ataupun kehendah iman..mana satu yang perlu didahulukan Nafsu @ Iman???.Mulut senang berbicara,pasti jawapan yang mudah iman patut d dahulukan namun hati berbisik dengan persoalan adakah benar iman di dahulukan setiap detik @ nafsu sentiasa didahulukan??Bila persoalan itu timbul pasti hati mula berbisik,akal mula melihat kembali realiti kehidupan  yang pernah di tempuh sewaktu ketika dulu..Banyak tindakan d pengaruhi oleh kehendak nafsu..iman sering tewas dan tengelam dek kehendak nafsu..
Kita bertanya pula pada diri apa khabar jiwa,hati dan amal kita untuk semalam, hari ini dan juga esok???
sudah pasti tidak ada jawapan yang pasti dan menyakinkan..Itu lah saya dan mungkin juga kalian.. Sedangkan kita tahu jiwa,hati dan juga amal kita amat memerlukan makanan rohaninya.Bila makanan rohani itu tidak ada masakan ia boleh sihat.Pasti keletihan dan longlai jiwa kita..Keletihan dan longlainya jiwa kita telah menyebabkan iman kita sering turun dan mungkin juga tidak naik2 lagi. Itu lah saya dan juga kalian kan..

Jika kita fikirkan kembali apa yang menyebabkan iman,jiwa,hati dan amal kita sering tidak sihat pasti kita ketemu dengan jawapannya..Hati kita amat kurang rasa CINTA.. Cinta yang ada hanya sekadar ikutan sahaja.Ia tidak datang dengan rela hati,tidak juga datang dengan kehendak hati dan yang paling menakutkan andai cinta itu hadir bukan kerana keikhlas hati. 

Bila berbicara tentang CINTA pasti mata tergambar susuk tubuh seseorang namun cinta tidak lah sekecil itu nilainya..Kerana cinta juga milik TUHAN yang menciptakan cinta.Jangan cepat melatah bila berbicara soal cinta kerana nilai cinta itu amat tinggi nilainya.. Benar cinta juga milik satu susuk tubuh manusia. Cinta juga milik Rasulullah.Pembawa risalah kebenaran buat insan daif yang penuh dengan kejahilan.. Jika kita hitung kembali jasa dan pengorbanan Rasulullah untuk umat akhir zaman seperti kita ini, terlalu banyak hingga tidak terhitung dek akal kita..
Rasulullah pernah cedera,pernah kalah di medan perang,pernah dicaci maki kerana kita..Rasulullah lalui itu semua kerana cintanya kepada umat akhir zaman yang dijanjikan syafaatnya nnti. Sehingga saat terakhirnya,saat nafas makin perlahan,saat malaikat izrail datang menjemput bertemu Tuhan Rasulullah masih tidak melupakan kita umatnya.. Masah sempat menyebut ummati2.."Ummati" itu bukti kecintaan Rasulullah pada kita..hebat dan sangat mendalam cintanya pada kita..

Namun kita semua tahu dan amat yakin yang Rasulullah amat mencinta kita, sehingga kini rasa cinta itu masih kita rasai.. Rasulullah tidak meninggalkan terkapai-kapai sendirian tetapi Rasulullah tinggalkan kita dengan sunnah dan al-quran..kita tidak akan sesat jika kita meletakkan sunnah dan al-quran d tempat utama dan pertama. Bermula dari bangun pagi hingga lah kita hendak tidur kembali..Rasulullah mengajar kita dalam semua perkara.Rasulullah lah membawa wahyu Tuhan utk kita sehingga kita boleh hidup penuh syariat..Pegorbanan nya teramat hebat untuk kita.
Persoalan yang timpul di jiwa saya kini ialah "benarkah cintaku milikmu Rasulullah" @ "benarkan cintaku milikmu ALLAH"..BENAR KAH???
Ayuh bawa kembali jiwa,hati dan akal kita..menilai dan mentafsir diri kita.. Adakah benar kita mencintai??? Kita asyik terlupa.. Selawat dan salam sering kita lupa sedangkan ini cara membuktikan cinta kita kepada Rasulullah. Di bibir kita menyatakan cintaa namun di hati kita pendusta.Kita mendustai cinta kita,kita kata kita cinta Rasulullah namun hakikatnya ada dihati kita..
Ini lah penyebab rosaknya iman dan hati kita..Dalam tidak sedar kita adalah pendusta. Setiap saat kita lebih banyak memikirkan hal yang lain dari berselawat kepada Rasulullah,memikirkan perkara yang tidak penting dari memikirkan keagungan dan ciptaa ALLAH. Padahal memikirkan Rasulullah dan bersyukur dengan nikmat ALLAH adalah acuan untuk memiliki "CINTA ALLAH dan RASULULLAH"

Bila keduanya lebih kita cinta maka tidak ada lagi masalah iman yang tidak sihat, masalah hati yang kian lemah dan kehausan...Semua nya terasa indah..Beribadat tidak terasa penat,berjihat tidak terasa gentar, dan berkorban tidak terasa rugi.. Itu semua bisa hadir dan menjadikan kita manusia yang tidak gentar apabila dalam hati ada cinta..

Mari kita tinggalkan tempat tidur untuk mengadu cinta,tinggalkan segala kemaksiatan kita kerana kecintaan kepada ALLAH dan marilah kita berjuang kerana cinta akan agama ALLAH..Jangan pernah berkira untuk berkorban,jangan pernah berkira untuk berjihad,jangan pernah berasa letih untuk perjuangan dan jagan pernah memikir untuk berehat dari perjuangan menegakkan agama ALLAH dan memilikin cinta ALLAH serta Rasulullah...
kita dicipta sebagai khalifah,bersama kita hidup utkNYa, kita diciptakan didunia fanak ada amanah yang tersedia,TUHAN itu harus diutaman dari segala kepentingan dunia,bergandingan kita untuk memburu cintaNYA..

sekadar itu dulu coretan saya ini,bersama kita menilai kembali nilai cinta di hati kita agar iman tidak turun ke aras yang paliang rendah..coretan ini untuk diri saya sendiri juga,saya juga dalam fasa meraih cinta agar di hati sarat dengan cinta Rasulullah dan Allah..Biar di bahu berat dengan amanah namun kerana cinta ia akan d laksanakan dengan mudah..

salam sayang buat sahabatku,
"aku sayang kamu"


-sArAh IsMaiL-

Tuesday, October 19, 2010

Aku aNaK AyAh..

Assalamualaikum buat yg sudi singgah di bumi Tarbiyah ini..Aku mengharapkan agar bumi Tarbiyah ku ini sentiasa subur dengan roh dakwah dan roh perjuangan.. Sudah agak lama aku kekeringan rasa untuk dicoretkan di Bumi Tarbiyah ini.. Sudah beberapa hari air mataku tumpah..kesedihan melingkari hari-hariku ini.Aku tidak pasti kenapa ia terlalu mudah untk jatuh membasahi pipi..hanya yang Aku tahu hati ku kini dijerut dengan rasa  rindu yang teramat sangat pd insan Tua yg banyak berjasa pd aku.. Terlalu lama ku ambil masa utk menghargai insan bernama AYAH... aku malu utk mnyebut "aku SAYANG dan RINDU AYAH..

Apa khabar ayah disana??? Bilaku tanya ayah sihat..Ayah akan jwb ayah sihat sokmo..aku tahu ayah tidak ingin aku risau..Ayah jika 2 tahun dulu ayah tidak izinkan ku datang ke bumi sarawak ini,sudah pasti aku akan mentaati permintaanmu..Aku ingin bersama denganmu..berada dekat denganmu..ingin mengurus dirimu..ingin menjaga makan dan minummu setalah emak pergi meninggalkn kita..Ayah..aku tahu berat utk ayah lepaskan aku pergi..aku lihat air mata ayah gugur saat aku melangkah keluar dari rumah kita...
Ayah terlalu besar pengorbananmu terhadap aku.ayah sanggup ketepikan diri ayah hanya utk mlihat aku berjaya seperti org lain..ayah cuba cukupkan segala keperluan aku. Terlalu besar pengorbanan ayah terhadap aku..
sewaktu kecilku ayah menjaga aku dengan penuh rasa kasih sayang..ayah tidak penah melepaskan aku pergi sendiri..pergiku di hantar balik ku d jemput..aku kadang ingin seperti teman-teman lain.rasa ingin keluar bebas bersama teman-teman..terbang seperti burung di langit namun ayah tidak izinkan aku pergi sendiri..aku belum cukup dewasa utk mhadapi ujia d luar rumah tanpa ayah....bertapa ayah menjaga aku agar aku sentiasa selamat..kadang-kadang aku terasa bosan namun jauh didalam sudut hatiku,aku tahu ayah ku terlalu sayang pdku hingga ayah sanggup lakukan semua itu untuk aku...
Namun bila aku mula meningkat remaja ayah mula memberi ruang dan peluang utk aku membuat pilihan.Ayah mula memberi keizinan utk aku keluar bersama teman-teman.tapi aku tahu hati ayah amat risau bila aku keluar bersama teman-teman..ayah akan telefon aku..ayah akan tanya aku di mana..lambat lagi nak balik..bila aku tanya ayah kenapa.. ayah akan jawab tak ada apa-apa.'saja ayah nak tahu anak ayah kat mana'..
semakin hari semakin aku meningkat usia..bila aku lepas SPM aku tahu hati ayah sudah mula tidak tenang..aku tahu dia risau utk lpaskn aku..aku ingt lagi mak pernah cakap tak payah lah isi apa-apa borang.ambil STPM je ea.kata mak,ayah yang nak aku ambil STPM mcm kakak2 aku dulu..sekarang aku tahu kenapa ayah nak aku ambil STPM..rupanya ayah belum sedia utk lepaskan anak perempuan bongsunya ini..Aku akur utk bersama mak dan ayah..
Bila aku sambung STPM ayah juga lah yang setia hantar dan ambil aku dari sekolah..lama2 ayah cakap dah takk larat nak jemput n hantar aku ke sekolah.ayah minta aku duk asrama..namun bila aku merenget nak balik rumah pukul 10 malam pun ayah sanggup jemput aku dari asrama..walaupun ayah tahu aku dan langgar peraturan tapi ayah tetap setia menunggu aku d luar pagar sekolah.aku selalu ponteng asrama sebab aku rindu sangat kat ayah dan mak..aku suka bila dapat makan dengan ayah dan mak..dapat tonton tv sama2..dapat main kutuk2 dgn mak..ayah selalu jadi masa lawyer buruk aku..hehe.ayah takk kisah kalau ayah kalah..sb mana kan tumpah kuah kalau tak ke nasi..aku tahu aku banyak memiliki sifat ayah.teringat masa kecil dulu bila ayah ambil bantal untk tidur sampil tonton Tv mesti aku akan tidur sebalah ayah berkongsi bantal dengan ayh..bila ayah nak mandi aku sibuk sekali nak mandi dengan ayah.masa kecil dulu aku suka berdiri di belakang ayah..bila ayah mandi air nya mengalir mengena badan aku sekali..aku rasa seronok dan amat selamat dengan ayah..mungkin sebab itu aku mewarisi sifat ayah..

kini aku mula meningkat dewasa.. meninggalkn zaman kanak2ku bersama ayah dan aku juga tinggalakn zaman remaja ku..aku di sini teguh berdiri sendiri..ayah sudah memberi kepercayaan spenuhnya pd aku..kata2 keramat dr mulut seorg ayah menjadi panduan dalam aku melangkah..
aku ingat lagi bila pakaian aku tidak menutup aurat.ayah akan tanya "tak sayang ayah ker pakai mcm ni"nak ayah masuk neraka sbb pakian kamu..ayah ank mu kini cuba memenuhi kesempurnaan dlm berpakaian kerana aku sayang ayah..aku tidak ingin menarik ayah ke neraka...
bila aku bercerita tentang perjuangan ayah ckp ayah bangga kerana aku sanggup berpenat lelah kerana perjuangn..ayah harapkn aku utk mgantikan perjuangn mak..ayah kini aku sedang mngumpul ilmu dan pgalaman..sewaktu hari nnti pasti aku kembali utk memegang panji2 ALLAH..
Apilah ayah berbicara soal jodoh.aku rasa agak takut utk berhadapan dgn hal itu..namun kata ayah aku pasti melalui saat itu..bila ku tanya apa ayah nak doa utkku bila sampai d mekkah nnti ayah cakap ayah nak doakn anak ayah bertemu jodoh yg soleh,yg boleh menjadi imam dlm solat,yg sama perjuangn dgn kita, mharapkan dia boleh membahagiakn aku..aku tahu ayah risau dgn jodohku nnti. ayah tidak kisah siapa pilihanku asalkan 'dia' boleh mbhgiakn aku..namun ayah aku masih belum menemui calon yg sesuai utk aku bwa btemu dgn ayh..
Aku menjadi saksi bertapa besarnya pengorbanan insan beranama ayah di dalam hidupku..dan aku akan berkorban apa sahaja utk ayah dan adiku..kerana kasih dan cintaku hanya utk kalian..kalian lah pemilik "cintaku setelah ALLAH dan RASUL"..
ayah d perbatasan waktu ini kita berpisah..sewaktu masa nnti ank mu pasti kembali dlm pelukan mu..hangat pelukan ayah mbtkn aku makin kuat utk mlangkah..
teramat syg bt ayah ku....
aku adalah sayap kiri kpd perjuangn ayahh.....


Monday, October 4, 2010

aYaH siri 1

Saat rasa rindu menjegah di hati ini..Saat rasa sayang bertandang di segenak relung hati ku ini..Saat rasa cinta menggunung tinggi..aku mula meniti waktu, mengimbas kembali saat2 indah aku bersamanya.. Insan yang paling banyak berjasa dalam hidupku..Tanpa pengorbanaan dia siapa lah aku didunia penuh mehnah ini..Tanpa didikan dia aku tidah hidup bermaruah spt hari ini..Tanpa rasa tanggunjawab dia aku tidak membesar dan hidup beragama..
Dia yang berjasa itu adalah insan bernama Ayah..Ayahku Hj. Ismail bin Samat..seorang petani biasa yang memerah sepenuh keringatnya untuk mecari sesuap rezeki bagi membesarkan 12 anak yang di amanahkan ALLAH. Mungkin jasanya nampak biasa namun bagiku ia terlalu berharga.. Aku amat beruntung kerana memiliki ayah sptnya. Ayah yang memiliki sifat sabar yang tinggi..Ayah yang amat berhemah dalam menyusun kata.Ayah yang sentiasa setia disisiku saat susah dan senangku..Ayah yang memiliki rasa sayang dan cinta pada Mak..Ayah yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kami..Yang paling aku kagumi ialah darah yang mengalir dalam diri ayah adalah darah seorang pejuang Islam..Dan kini darah itu menjalar ke segenap salur dalam diri kami..
 Saat aku mula membuka mata..Saat pertama kali aku mengenal dunia..Aku diasuh dan dididik oleh ayah.. Namun aku belum mengerti kenapa ayah lakukan semua itu..Akalku amat pendek untuk mentafsiar usaha dan pengorbanan ayah..Aku hanya berjalan meniti hari menuju hari kedewasaan tanpa mengerti semua yang ayah lakukan...Kini, Aku sudah menginjak kealam kedewasaan dan Kini aku mula mengerti segalanya yang telah berlaku..Semakin hari semakin aku bersyukur kerana memilikimu dalam hidup ini..

Ayah.. Terlalu banyak keringat yang telah dicurah kan untuk membesarkan kami..Telah banyak juga keringat ayah tumpahkan untuk perjuangan itu..Namun kini, keringat tua itu tidak lagi mampu untuk diperah  bagi perjuagan. Namun semangat ayah tidak pernah luntur untuk melihat Islam tertegak di bumi ALLAH ini..Ayah... Aku berjanji akan menjadi saksi kepada keringat yang pernah gugur utk perjuangan menegakan Agama ALLAH..Di Masyar nanti aku akan bangkit untuk menjadi saksi pengorbanan ayah untuk kami dan perjuangan.Bagiku terlalu banyak dan berharga..
Jika diintai kembali perjalanan hidup ayah aku bertambah kagum..Namun siapalah ayah tanpa mak disisi..perjuangan dirasakan indah walaupun banyak mehnah yang terpaksa ayah lalui..semuanya kerana ada ALLAH dihati dan adanya mak disis ayah..ayah bangkit menjadi pejuang yang tak pernah senang dgn ombak derita tidak pernah lekang.. Aku teringat saat itu..aku masih diusia mentah..usia yang tak mengenal erti perjuangan..aku.abangku izuan dan adikku tidak pernah dilupakan Ayah..saat ayah dan mak mengatur langkah untuk menyempurnakan perjuang pasti tangan2 mereka erat memegang kami..saat kami tertidur kepanasan dan kepenatan disiang hari, ayah setia mengibas dan mendukung aku..ketika itu aku belum mengerti ayah..aku selalu kataka kepada izuan..penatkan kalau kena ikut mak dan ayah..kami adik beradik pernah tidur berbumbung kan langit ALLAH dan berlantaikan padang rumput kerana terlalu mengantuk menuggu ayah..ketika itu ayah dan mak sedang kusyuk mendengar amanat pemimpin degan penuh semagat..Pulang pasti di awal pagi..ketika ramai penduduk kampung ku lena diulik mimpi namun ayah masih setia menekan pedal minyak dan memandu dgn penuh berhati-hati..Aku selalunya lena di bahagian belakang kereta...
Saat kemenangan seketika perjuangan ayah di Terengganu dulu aku melihat bertapa ayah dan mak tersenyum puas..Namun ayah tidak pernah leka dan alpa dengan perjuangan yang mengecapi kemenangan..Keringat itu makin diperahkan untuk memegang amanah ALLAH..aku melihat ayah pulang dengan muka yang agak tidak tenang..Aku tanyakan kenapa ayah..mak yang tido terus bangkit..mak juga bertanya kenapa ayah kelihatan tidak tenang..Rupanya ayah baru diberi amanah untuk memikul tanggujawab sbg ketua kampung..Ayah takut tidak mampu berlaku adil pada semua..Mak sempat berkata..kalau ayah tidakk mampu masakan ALLAH memberikan ayah tanggunjawab itu..Wajah ayah mula kembali tenang..

Apa erti sebuah perjuangan tanpa ada ujian..Mehnah dan fitnah sentiasa melingkari tanggungjawab ayah..aku melihat jatuh bangun nya ayah untuk memuaskan hati semua pihak..Banyak kata orang yang perlu ayah dengar...banyak umpat keji yang perlu ayah hadapi..namun mak selalu ingatkan ayah tentang keperluan ayah mendengar dan patuh kpd tuntutan ALLAH...Aku pernah melihat air mata ayah mengalir kerana terlalu sedih dengan orang kampung..Ayah terlalu takut dan merasa tidak mampu untuk memikul beban dosa mereka...Namun setiap kali ayah jatuh ayah tidak pernah lupa untuk bangkit kembali..

Semuanya telah berlalu pergi..Ayah kini tetap dengan perjuangan dan mengharapkan anak-anaknya mengantikan tempatnya.. sehingga ayah pernah katakan kepadaku "jangan ditanya apa perjuangan boleh beri kepada kita namun tanyalah apa kita boleh beri kepada perjuangan"..anak-anak ayah tetaplah kakimu didalam perjuangan kerana kamu semua sudah melalui fasa tarbiyah fizikal dan mental sedari kecil lagi..Masakan kalian tidak mampu untuk berdiri di barisan paling hadapan untuk memegang panji-panji islam....
Ayah akan ku laksanakan amah mu itu..aku tidak pernah gentar utk meletakkn kaki ku di medan perjuangan..kini masanya utk ayah berehat seketika..tiba masanya untuk anak-anak muda menyambung perjuangan itu..Dalam berehat itu ayah pernah katakan kpdku 'tiada istilah rehat dalam perjuangan'ia menuntut pegorbanan sepenuh masa...
Moga kami memiliki jiwa sekental ayah..buat seketika ini maafkn aku kerana tidak dapat menemani ayah dalam perjuangan..keterbatasaan waktu memisahkan kita ayah.namun aku akan kembali dengan ilmu dan pengalaman yang aku cari disini untuk meneruskan perjuangan mak yang belum ada pengantinya..Doakan anak mu ini agar sentiasa dahulukan perjuangan sebelum diri sendiri..Doakn anakmu ini agar dimiliki oleh mujahid sejati agar anakmu ini terus berjuang..
sekadar itu perkongsian tetang insan bernama Ayah...akan ada sambungn nya nnti..
Sekian wasalaaaaammm
aKu SaYaNG kamu...

Friday, September 24, 2010

tArBiYaH CiNtA

Assalamualaikum..
Salam kembara di bumi tarbiyah aku ini.. Hari ini ku meniti lelah sebuah perjalanan yang amat panjang.. Terasa penatnya sepanjang perjalanan ini...Luka semalan terasa pedih kembali..luka hari ini masih berdarah..Inginku ubati luka-luka itu dengan segera..Agar aku bisa tersenyum dan dapat meneguk sedikit rasa bahagia.. Namun aku perlukan masa untuk bangkit setelah jatuh buat kali kedua di denai yang sama.

Meniti kembali saat pertama ku mengenal sayang daripada sang kumbang.. Saat yang teramat indah kurasakan itu..Bukan mudah untuk aku memberi..bukan mudah untuk aku menerima cinta namun aku juga manusia..memiliki fitrah yang sama spt yang lain..dalam beribu hanya satu yang bisa menarik hatiku..Dia memang hebat..tutur kata nya amat berhemah dan penuh kesantunan..tidak ada apa yang bisa buat ku merasa sakit bersama dgn Dia..Namun diamnya amat membuat kan aku merasa sakit..Hingga bertahun ku membawa hati ini..penuh dengan rasa sakit.. kenapa dia sanggup melakukan itu..

Namun dalam kesakitan itu aku mula mencari ubatnya.Hanya cinta dr yang mencipta cinta menjadi ubatnya..
"ALLAH tidak akan menghilangkan sesuatu itu melainkan digantikan dengan yang lebih baik"

Benar apa dikata..aku mula mengenal perjuangan..terubat segala rasa sakit ku..aku meniti hari-hari dengan nikmat perjuangan..diriku yang kosong kembali terisi..jiwa yang gundah kembali tenang..hati yang sunyi kembali ceria dengan nikmat perjuangan itu..Terasa berat beban perjuangan itu..tapi seberat mana pun aku sanggup demi kemanisan dan kepuasan yang ku perolehi.. Ini lah nikmat yang paling berharga yang pernah aku perolehi..Ya, ALLAH sudah mengantikan dengan yang lebih baik..jiwa ku mula terdidik untuk menjadi insan yang lebih tabah,,hati ku mula terdidik untuk menjadi hati yang kental...Ya Tuhan aku bahagia hidup begini..
Dalam kepekatan malam..dalam sejuknya dingin pagi...aku mencari nikmat berbeza..aku meratap tangis agar nikmat ini terus bersamaku..aku meminta dan merayu agar aku tidak d uji lagi..kerana ku tahu dalam kekentalan hati masih ada kelembutan yang tersimpan..dalam ketabahan jiwa masih ada kelemahan yang tersembunyi..Itu lahh hakikat kehidupan aku..Dalam kelemah itu aku mula mantafsir betapa aku tidak mampu untuk d uji dengan Cinta manusia lagi..aku tidak mampu..Tapi aku ini siapa untuk berkata begitu????siapa aku untuk menilai hati aku???siapa aku untuk menilai imanku??siapa aku untuk menilai jiwa dan diri aku???
rupanya aku belum mengenal diri ku ini sepenuhnya..


Aku lupa ada zat lebih mengenal aku..lebih tahu tentang diri ku..

"Boleh jadi sesuatau yang kamu benci itu amat baik bagi kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk bagi kamu..ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

Yaa Tuhan aku lupa hakikat itu..Engkau lebih mengetahui lebih dari aku ini..
kini dalam kesibukan meniti hari dengan tanggunjwb d jalan dakwah ini aku d uji lagi..Dengan ujian yang paling aku takuti dan aku gerungi...aku teramata takut YA ALLAH.Aku takut aku tidakk mampu..aku takut imanku tidak mampu untuk di uji..
dalam kesibukan menongkak arus ku d uji lagi..dengan ujian yang sama namun caranya yang berbeza. Ujian lagi hebat dari yang sebelumnya..menemui insan yang lebih hebat dr sebelumnya..menemui insan yang cukup segalanya. Aku merasakn pencarian ku selama ini berakhir bila aku  menemui dia..dia yang mempunyai perjuangan yang sama dengan ku..dia yang bisa melentur diri ku..dia yang berhemah dan sabar dengan ku..dia lahh segalanya..ku nampak dia cukup sempurna di mata ku..
tapi siapa kami untuk melawan perancangan ALLAH.. aku redho dengan ketentuan itu..Aku izinkan dia pergi dari hatiku walau pun aku merasa sakit dengan apa yang terjadi..sakitnya amat lahh perit namun nikmat cinta ALLAH  mampu merawat segalanya...Cuma ku memerlukan masa dan hari untuk aku hapuskan segalanya..
biarlah ku sendiri..andai kenangan itu mmapu membutkan aku tersenyum biarlahh kenangan itu terus besamaku..andai harapan itu mampu membuatkan aku bernafas biarkan lah aku hidup dengan harapan yang belum pastii itu....
aku serahkan segalanya pdMU Ya ALLAH..Andai tidak bersama dia lebih baik untuk ku aku rela utk meniti hari yang penuh kesakitan dulu sblm dtg nikmat bahagia......


Segala yang berlaku telah membawa aku kembali pd ALLAH...menempuh jalan yang sukar sebelum menemui nikmat dan kesenangan bisa menjadikan ia lebih berharga,.....
ya ALLAH terimah aku kembali agar aku dapat terus membilang ayat2 cinta berasamaMU....kuatkan langkah ku agar aku mampu utk terus bejalan d jalan penuh ujian ini..periharalah iman ku dan iman dia....
ku mohon ya ALLAH agr sentiasa ada di hati dia agar dia sentiasa berada dlm jalan dakwah itu..


 *Syukran buat yang pernah memberikan aku seteguk rasa bahagia,setitik rasa cinta dan selautan rasa sayang..Aku amat menghargainya..
sekian dr ku
"aku SaYaNg kamu"

Saturday, September 18, 2010

Rentetan perjalananku sebagai Pejuang..

Hari ini merupakan hari terakhir utk aku bersama Ayah setelah hampir 2 minggu aku pulang beraya.. Berat rasa hati ingin meninggalkn ayah sendiri mengurus diri.. Namun demi sebuah perjuangan mencari Ilmu ALLAH aku gagahi jua...Seorang demi seorang abg dan kakak ku pergi meninggalkan daerah ini..Tinggalakn buat sementara waktu untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa.. Masing2 ada tanggungjwb masing2..Itulah kehidupan..Kehidupan yang tidak mampu berjalan seperti yang kita inginkan..

Kesunyian di rumahku ini membawa tangan ku untuk menyusuh ayat-ayat cerita kehidupan..membuka kembali kenangan 2 tahun yang dulu..Aku seperti orang lain..menanti dan mengharapkan untuk menginjak ke menara gading..Belajar dan mencari ilmu ALLAH yang amat luas ini.. Namun aku tidak seperti mereka..mereka menerima tawaran dengan senyuman tapi aku tidakk..air mata kesedihan aku curahkan..Ya Tuhan kenapa aku perlu di campak sejauh itu...Jauh nun di bumi kenyalang yang tak pernah aku terfikir utk kesana..

Aku tinggalkan daerah kelahiranku..aku tinggalkan ayah sendiri..berat untuk kaki melangkah..namun aku seperti dipaksa untuk melangkah pergi....

Baru ku mengerti susahnya hidup sendiri..susahnya untuk aku lakukan sendiri semua perkara..aku mula mengenal hiburan di alam kampus..aku ingin mengubat kesedihan dan kerinduan dengan cara berhibur..sedangkan jauh di sudut hatiku mula menolak apa yang aku lakukan..aku lupa kenapa aku dicampak di bumi sarawak ini..
Setiap hari setiap saat aku hanya terfikir "kenapa aku disini?"aku tidak mahu disini"aku mahu pulang"..
Akhirnya aku jatuh jua..Jatuh hingga membuatkn aku tersungkur..
Barulah mataku mula celik kembali...telinga ku mdengar kembali..setiap persoalan yang kerap ku tanya mula menemui jawapan.."Kenapa aku disini"....aku disini kerana ALLAH inginkan aku di tarbiyah di sini...
"Aku tidak mahu disini"....ya aku tidakk mahu disini Namun ALLAH MAHU aku terus ditarbiyah disini..dan keinginan hatiku "ingin pulang" sudah terjawab..aku tidakk boleh pulang segera..kerana bumi kenyalang memerlukan aku..kalau TIDAK aku..siapa lagii..
Jawapan yang ku temui itu telah menutup segala persoalan yang timbul....aku mengetahui apa ertinya untuk aku terus berada disini..menikmati udara tarbiyah...memerahkan sedikit keringat untuk perjuagan yang jarang orang ingin memikul bebannya.Aku tahu..aku seorang pejuang yang amat lemah..hanya sedikit sahaja keringatku tumpahkan untuk islam disini..namun bagiku tidak kira lah sekecil mana pun pengorbananku untuk perjuangan asalkn ia ikhlas kerana ALLAH..
kini hari2ku ku isi untuk terus berada dalam tarbiyah fizikal dan mantal dr ALLAH...ALLAH lah yang banyak membina kekuatan dalaman aku..biar rebah berulang kali asal aku tidak pernah lupa untuk bangkit..
aku tidak pernah memandang ujian itu sbg satu kezaliman Tuhan namun ujian itu lah yang mentarbiyah aku untuk menjadi sekental hari ini...
Hari semalan merupakan pengajaran untuk hari ini dan bekalan untuk hari esok..Tiada masa untuk kita berpangku tangan dan berehat sedangkan perjuangan mencari ilmu ALLAH dan perjuangan menegakan agama ALLAH memerlukan sepenuh keringat kita..
     "PELAJARAN nombor 1 namun PERJUANGAN menegakkan agama ALLAH bukan nombor 2"
bergerak lah ia biar seiring dan sejalan..

sekadar itu sahaja perkongsian hidupku ini..
sekian wasalam....
aku sayang kamu..

Friday, September 3, 2010

epilod seorang pejuang....

Terasa amat perit kaki melangkah..Ingin rasanya untuk duduk seketika menghirup udara setelah penat menongkak arus kehidupan..namun tiada istilah 'berehat dalam perjuangan ini'... Berbekal kata-kata hikmat itu aku bangkit kambali..tiada guna aku terus duduk memandang masa depan yg terasa jauh.. merenung masa lalu yang penuh kelam..
Persoalannya 'ADAKAH AKU SERORANG PEJUANG".. Ya aku dan egkau adalah seorang pejuang kepada Agama ALLAH.. Walau sedikit perjuangan yang kita usahankan kita tetap seorang pejuang.. Kadang-kadang perjuangan yang kita buat tidak sehebat mana di mata manusia  namun ia amat bernilai utk diri dan agama ALLAH.. Aku tidak hirau dengan kata2 manusia namun aku takut dengan kata2  dan amaran ALLAH.. Biar  sedikit sahaja usaha yg aku mampu curah kan untuk Agama..Biar sedikit sahaja keringat yg mampu aku tumpahkan untuk Perjuangan ini..namun aku merasa puas dgn usaha ku..aku merasa nikmat manisnya amat berbeza..
Perjuangan aku nampak kecil dan biasa namun amat2 memerlukan mujahadah yang amat kuat.. Berulang kali aku jatuh dan rebah dalam perjuangan ini..namun selagi harapan masih ada.doa masih mampu utk ku panjatkn pd Ilahi..aku tidak akan pernah berputus asa..Dengan semagat yang masih berbaki aku bangkit kembali..Bangki utk aku tinggalkn masa lalu yang agak kelam yg pernah aku lalui. Ia amat sukar. Namun dalam kesukaran itu aku mula menikmati manis nya hidup di jalan penuh tarbiah... Manisnya amat lah indah hingga tidak mampu utk aku gambarkan dengan kata-kata..
Meninggalkan kebiasaan yang selalu kita buat amat sukar.. Aku hanya ingin hidup mengikuti arus dunia... berpakaian ikut keadaan semasa bukan mengikut kehendah agama.. dulu aku amat bahagia begitu.. behabis duit utk pakaiian berjenama..aku tidak pernah hiraukan persoalan ttg larangan ALLAH ttg aurat..yang penting aku ikut apa yang dunia agungkan.. semunya aku pernah rasai..namun iman masih ada walau senipis kulit bawang..tudung tidak penah aku tangalkn di depan yg haram bg ku..namun ia ku lakukan tidak sempurna mungkin..sekadar memakai sahaja di kepala.. Remaja ku yg amat indahh dgn warna2 yg kuciptakan sendiri..aku tidak mahu salah kan rakan2 aku...namun pengaruh mereka amat kuat dalam mbentuk jati diri aku..diri aku mula di corakkan dgn warna2 kelam..ligatt alam remajaku..huhuhu..harap ia tidak berulang lagi..

Namun hidayah milik ALLAH.. Berkat didikan ayah dan ibu sedari kecil..aku bagaikan tersedar dari lena yang panjang..Aku mula merasakan apa yg aku tempuh adalah hal yang sia-sia sahaja..Akhirnya aku kembali pd jalan ALLAH.. ku sujud memohon ampun dgn dosa yg tlah lalu..meratap tangis dalam kelam malam..mengharapkn rasa cinta dan sayang ALLAH utku.. Benar cinta ALLAH tidakk sia-sia.. ALLAH mbalas cinta ku dgn kasih sayangnya..Hidup terasa ada arah tujuan nya..
Kini aku sudah kembali meniti hari dalam roh islam..namun ujian setalh berubah lagi hebat utk aku tempun..Ingat kata2 ayah"rupa paras boleh berubah namun sikap amat sukar utk berubah".. Ia menuntut diri untuk sentiasa istiqamah dgn perbuatan yang baik..

Rasa nya sekadar itu sahaja perkongsian perjalanan hidup ku..akan ku sambung lagi nanti.. Inilah perjuagan ku..perjuangan menuntut kesabaran yang tinggi.. nampak kecil namun ia amat susah utk ku tempuh sendiri..

sekian..wasalam
"Aku Hanya Mengharapkan CintaNya"
kerana kasihkn mu, aku akan terus bangkit..
SAYANG itu ada pd yg mberi dan pasti ada yg merasainya..
aku syg kamu ... 

Friday, August 20, 2010

salam kembara...

Salam pembuka bicara...
Sebelum kaki menlangkah lebih jauh di bumi tarbiah ini, rasa lebih elok kita bertaaruf dulu...
kenapa blog ini diberi nama kembara d bumi tarbiah...kerana pemiliknya banyak melalui fasa tarbiah dlm hidupnya..terlalu bnayakk..jatuh bnagun dlm khidupan..bahagia dan derita yg tak lekang kunjung tiba dlm hidup..itu lahh kehidupan ku..banyak yg aku lalui sepanjang menjengah alam kdewasaan ini.. Banyak juga air
mata yang ku tumpahkn bg mlalui kehidupan yang tidak sunyi dari ujian ALLAH...
Dulu aku tidak melihat ujian kehidupan sebagai tanda kasih sayang ALLAH...aku melihatnya sbg satu beban yg amat perit..aku mnyalahkn takdir..aku rasakn dunia tidakk adil kerna derita milikku..
Namun..lama kelamaan....hidayah itu datang jua..menjawab kesemua persoalan yg sblmnya tiada jwpn.
"kehidupan adalah tarbiah, blajarlah sesuatu dr apa yg berlaku dan jgn biarkn ia berlalu begitu shj"
buat kak cak...ni saya dahh penuhi permintaan akak utk buka blog ni...nnti sy akan penuhi kembara ini dgn tulisan2 sy..sy harap ia boleh mgubat dahaga d kala keletihan dlm perjuangan..