Pages

Thursday, August 11, 2011

aNdAi DiA pErgi sEbElUm mu

Assalamuaikum dan salam kasih sayang

Alhamdulillah, pertama dan selamanya bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah memanjangkan usia kita untuk melewati tarbiyah Ramadha. Tidak pernah dilupakan selawat dan salam kepada junjugan besar Rasulullah dan para sahabat yang bertumpah darah untuk menegakkan islam yang kita yakini kebenaranya hingga ke hari ini.  
Dalam keseronokan melawati hari-hari di bulan Ramadha ini, tetiba kesayuan hati datang menjengah diri. Teringat saat meniti hari mengenal erti penat dan lelah berpuasa bersama abang-abang tercinta. Dengan dorangan insan yang bergelar ibu, ku merasakan ramadha itu terlalu indah di sambut bersama. Tidak dilupakan insan terhebat dalam memberi inspirasi dalam kehidupanku iaitu ayahku, terasa indah mengikut ayah ke setiap ceruk masjid di kampung ku. Bahagia ibadat dengan kasih sayang dari ibu ayah, abang, kakak dan adik menambah lagi kemanisan beridat di bulan Ramadha.
Lengkap kehidupanku, selama 20 tahun ku diberi hayat, selama itu juga lah ibu dan ayah memberi tanpa jemu kekuatan untuk aku terus melangkah. 20 tahun terlalu panjang waktunya untuk dihitung setiap atur langkah yang telah aku tinggalkan. 20 tahun juga aku hidup menongkat kekuatan dari ibu dan ayahku. Hingga aku begitu yakin aku mampu berdiri dan melangkah sendiri melewati dunia ini. Setelah usia remajaku sampai ke usia matang, aku diberi ruang untuk bertatih dan berjalan sendiri dengan harapan bekalan selama 20 tahun dulu cukup untuk menjadi bekal perjalananku..
Kini 3 tahun sudah ku tinggalkan daerah kelahiran ku. Melangkah terlalu luas meninggalkan daerah itu dengan membawa bekalan 20 tahun didikan ibu dan ayah. Sehingga hari ini dan saat ini, ku merasakan kehidupan ini teramat sukar tanpa kalian yang menjadi udara untuk ku bernafas. Kadang-kadang aku jatuh tersungku menghadapi mehnah dalam kehidupan. Namun setiap kali ku tersungkur aku tidak pernah lupa untuk bangkit dengan meminjam kekuatan dari ibu. Aku bangkit dan terus bangkit. Niat aku hanya satu ingin membahagiakan insan bergelar ayah dan ibu. Tidak pernah ku lupakan setiap detik dan sen yang disumbanagkan oleh insan bergelar abang dan kakak. Aku mengejar ilmu kerana ALLAH tetapi untuk memberi manfaat kepada kalian semua.
Dalam ketidak sedaran ku mengukir senyum, ada rasa sakit masih belum sembuh. Luka ditinggalkan 3 tahun dulu masih terasa peritnya. Bukan ku tidak rela perginya ibu, namun aku hanya manusia. Langkah gagahku hanya dusta semata. Aku melangkah gagah hanya dengan meminjam kekuatan langkah ibu.  Aku redha perginya, itu yang terbaik dalam percaturan Tuhan. Namun aku masih dahaga dengan kasih sayang dan kekuatan darinya.
Aku tinggalkan duka itu jauh dari hidupku. Kerana hari ini aku hidup bukan untuk diriku semata, tetapi aku hidup untuk insan yang aku sayangi. Aku perlu hapuskan duka semalam agar aku mampu mengukir senyum untuk mereka yang mengharapkan kejayaan dan tenagaku. Hapuskan air mata agar ia tidak dilihat oleh sesiapa pun. Langkah perjuangan aku atur rapi. Melangkah dengan penuh gagah. Tidak mengapa aku bersedih seketika kerna itu fitrah. Namun aku perlu bersederhana kerna hari esok aku mesti bangkit semula. Akan ku katakana kepada diriku, ya, ibuku telah pergi, namun ibu pergi bersama doa ku. Kelak sampai masa dan waktunya aku pasti mnyusulmu ibu. Tugasku hanyalah menyempurnakan harapamu ibuku. Apa yang ibu inginkan itulah yang akan ku usahakan. Tidak akan ku biarkan nestapa itu manjadi halangan buat diriku. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu tidak kan ku lemas dipagut sendu.
Akan aku Pimjam langkah Rasulullah sebagai kekuatan buat diriku. Aku hanya kehilangan ibu tapi  aku masih mempui ayah. Sedangkan Rasulullah kehilangan semua, hilang ayah di saat baginda belum melihat dunia. Kehilangan ibu disaat baginda tidak mengerti erti hidup. Kehilangan datuk tercinta disaat baginda baru mengenal erti kehidupan. Baginda kehilangan Khadijah srikandi hebat disaat baginda memerlukan dorongan. Baginda kehilangan bapa saudara disaat baginda perlukan pembela dan pelindungan dari kejahatan jahiliah. Namun kehilangan telah menjadikan Rasulullah insan hebat. Membentu jiwa pejuang yang tidak gentar di uji dan tidak takut dikeji.
Ayuh buat mereka yang menanggung kesakitan akibat kehilangan, bangkitlah dan hapuskan seluruh air matamu. Pandanglah di setiap penjuru kehidupan yang mengharapkan kekuatan yang ada pada diri kita. Lontarkan fikiran jauh merentasi kesedihan itu dan carilah kebahagian dan berilah kebahagian kepada yang lain. kalian dan saya berhak bahagia di dunia. Tanam lah tanaman yang boleh kita tuai hasilanya diakhirat. Infaklah sebanyaknya buat insan yang telah pergi meninggalkan kita agar kita mampu bersama nya di syurga.
Sekian..
Wasalam
Melangkah tanpa jemu
-siti sarah salwani ismail-
  teristimewa buat shafizan ismail-kau ibarat nadi dalam hidup ku


Tuesday, June 21, 2011

AkU hAnYa MaNuSiA

assalamuaikum dan salam kasih sayang

Alhamdulillah syukur atas nikmat imam dan islam yang telah ALLAH berikan kepada kita. Atas nikmat itu juga kita masih bernafas dgn roh iman dan islam yang kian hari kian menebal disegenap jantung dan hati. Roh iman dan islam ibarat jantung dan hati. Jika keduannya rosak maka rosaklah diri kita. Dalam kesibukan menempuh hari-hari di bumi tarbiyah ini amat menuntut diri utk bkerja lebih gigih lagi. semuanya utk memperkasakan iman dan islam  yang ada dalam diri ini..

Alhamdulillah Tuhan memberikan saya kesempatan waktu untuk sama-sama mencari ilmu ALLAH. di samping kesibukan mencari ilmu dunia kesempatan waktu untuk mencari ilmu akhirat tidak saya lupakan. Terasa segar di telingan mendengar baris-baris ayat dari bibir seorang dai'e yang tidak pernah kenal erti lelah dalam mengcari dan memberi ilmu. Semuanya kerana nilai tarbiyah dan dakwah... Nilai yang diperoleh dari tarbiyah dan dakwah amat manis dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..

Menilai kembali kerja keras ku dalam medan dakwah ini.. Rupanya terlalu sedikit.. Apabila bibir dai'e itu terus bergerak menutur kata, saya mula tersedar, sepanjang di medan tarbiyah dan dakwah ini, saya hanya menempuh cabaran kecil sahaja.Cabaran yang datang dari diri sendiri sahaja.. Cabaran dari nafsu dan amarah yang begelodak dari dalam jiwa. Namun bila disingkapkan kembali sirah dakwah RASULULLAH termat jauh nilainya dari medan dakwan yang saya lalui.. Cabaran yang saya lalui secubis cuma berbanding dengan cabaran yang Rasulullah dan para sahabat terima. Sepanjang di medan dakwah ini, saya tidak pernah dibaling batu atau najis seperti Rasulullah dan sahabat. Cabaran saya hanya secubit cuma. Namun saya sudah terduduk kelemahan. Inilah saya yang hanya manusia biasa..

Ketika penduduk taif menyakiti Rasulullah, sedikit pun Rasulullah tidak mengeluarkan kata-kata kesat.. Rasulullah menyambut ujian itu dengan sabar. Tetapi bagaimana dengan saya??? YA saya sering tewas dengan cucukan jarum dari syaitan. Amarah sering dilemparkan.. cepat sangat datangnya marah.. Menyambut cabaran yang ALLAH berikan bukan dengan sabar dan redha,.... Terasa jauh dengan akhlak yang Rasulullah tunjukkan,.......

Terus telinga ini mendengar sambungan kata-kata dai'e itu.. Kita yang berada di medan dakwah ini, cukupkah ilmu kita untuk mengajak orang berbuat baik.. mengajak orang kembali kepada yang haq dan meninggalkan yang batil.. Saya terus melayan fikiran untuk memikirkan ilmu yang ada.. Rasanya terlalu sedikit sahaja yang ada.. Ilmu setitik pun tidak sampai inikan pula saya nak sampaikan kepada orang lain.. Tetapi dai'e itu berkata  kita jangan menunggu untuk menjdi seorang yang sempurna tetapi tanggunjawab di medan dakwah ini adalah terletak kepada semua,.... "samapaikan walau sebaris ayat" hati saya mula kelegaan mendengan kata-kata itu.. Namun saya mula melakar mimpi untuk mencari sebanyak mana ilmu agar saya mampu memberi kepada orang lain... Mengharapakan nanti saya tidak memberi hanya dengan sebaris ayat kepada sahabat2 saya yang saya sayang..

Masa terus berlalu.... Dai'e itu terus melemparkan kata-kata terus kepada hati saya. Teringat saya dengan kata-kata abang saya.. Semua yang kita lakukan perlu datang daripada hati kita...Jika ilmu datang dari hati kita insyaALLAH akan sampai ke hati orang lain.. Bertapa pentingnya untuk menjaga hati.... Nilai hati dalam membantu kejayaan dakwah itu amat besar nilainya.. Saya belajar tentang persoalan hati... Betapa ia penting untuk membantu usaha dakwah dan tarbiyah.. Abang saya ada mengingatkan jika mengusahan sesuatu pekerjaan hati-hati dalam menjaga hati.. Jika tidak mempu menjaga hati, behentilah dari mengerjakan pekerjaan itu dan rawatlah hati.. Jika meneruskan pekerjaan itu tidak ada gunanya kerana hanya mendapat penat dan lelah sahaja..

Oleh itu sahabat, jangan pernah merasa penat kerana ujian perjuangan. singkapkan kembali sirah Rasulullah sebagai penguat perjuangan.. Jangan pernah merasa kurang nya diri di medan dakwah kerana kita masih diberi kesempatan masa untuk mencari...Jangan pernah mgambil mudah persoalan hati kerana ia menentutankan kearah mana hidupmu sbg seorang dai'e....

sekadar itu sahaja perkongsiaann..

sarah ismail




PERJALANAN MASIH JAUH

Tuesday, May 31, 2011

-SaYanG YaNg TiDaK aDa eRtiNya-

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang saya sayang kerana ALLAH...

Allahamdulillah masih jua hari ini diberi udara untuk saya terus bernafas. Walaupun perjalanan hari ini tidaklah seindah hari semalam namun itu lah tarbiyah dari ALLAH. Nampaknya ujian itu datangnya bertimpa-timpa. Tidak mengapalah, mungkin ALLAH sedang menyedikan tempat yang indah di syurga kelak andai kata saya ikhlas melalui ujian ini. Terasa berat bahu yang memikul terasa sakit hati yang merasa... Itulah ertinya tarbiyah.. Apa ertinya saya terus mencanangkan perkataan tarbiyah andai saya sendiri tidak pernah merasa dan melaluinya.

Saya tinggalkan dulu persoalan tarbiyah diri saya. Mari sahabat-sahabat, teman-teman, dan seluruh saudaraku... Kita meneroka sejenan nilai SAYANG yang ada di dalam hati kita.

Kepada siapa kita memberi sayang kita ??
sudah pasti kita semua ada senarai orang yang kita sayang. Terutamanya kita semestinya sayang kepada mak dan ayah kita. Sayang kepada kakak dan abang kita serta adik-adik kita. Sayang kepada insan yang diluar daripada keluarga kita. Terlalu ramai insan disekeliling kita yang kita sayangi.. Alhamdulillah sayang juga nikmat yang terindah dalam kehidupan..

Satu lagi persoalan yang ingin saya lontarkan yang perlu kita nilai bersama.
bagaimana kita mempamerkan rasa sayang kita kepada orang yang kita sayang???


Cukupkah sekadar dengan kata-kata;
- ayah dan mak saya sayang kalian sangat-sangat.


cukup dengan kata-kata itu???
Sudah pasti kita semua akan katakan sayang tidak cukup dengan hanya ucapan semata. Tapi sayang perlu dipamerkan. Sayang perlu dihargai, Sayang perlu dijaga dan perbagai lagi.
Mungkin kita semua sudah lupakan? walau apa pun yang kita buat, untuk membuktikan sayang kita tapi tetap juga kurang.
kurang kerana apa yang kita cuba buat untuk membuktikan sayang kita kepada mereka adalah hanya usaha didunia. Kita lupa, kita ucapkan sayang, kita ucapkan cinta, kita ucapkan rindu. TAPI???

kita tidak bersedia untuk bersungguh dengan kata-kata kita. Sekadar berbicara soal cinta dan semata.
Tetapi kita tetap membuatkan orang yang kita sayang diheret ke neraka..Salah kah apabila saya menyatakan setiap hari kita melakukan sesuatu yang membuatkan orang yang kita sayang ke NERAKA??

Kita lihat cara kita berpakaian, kita lihat cara kita bertutur. kita lihat cara kita berkawan..kita lihat cara hidup kita sehari-harian....
Adakah boleh menyumbang orang yang kita sayang ke syurga? Jika ada Alhamdulillah. Jika Tidak??

Itulah hakikatnya. Bila kita berpakaian tidak menutup aurat, bukan kita sahaja yang akan dihumban ke neraka tetapi kita mengheret ayah kita sekali. Suami kita juga akan deherat atas dosa yang kita lakukan.
Sanggupkah kita melihat ayah, suami, atau mungkin abang kita bergelumang dalam nerakan yang panas lantaran dosa kita?? Kita kata kita sayang mereka..kita kata kita cinta mereka. Oleh itu perkerjakan yang baik-baik sahaja untuk membuktikan rasa sayang kita.

Tiada nilainya rasa sayang dan apa sahaja yang kita buat didunia tanpa kita memikirkan kesannya diakhirat. Sedangkan ayah kita sudah menjada diri dan seluruh kehidupannya di dunia kerna takut akan neraka ALLAH. Tetapi kita tidak memikirkannya.
Sanggupkan kita melihat keringat tua itu dibakar kerana dosa kita sedangkan ayah sudah terlalu banyak berkorban untuk kita.
Sanggupkah kita melihat suami kita yang kita sayang itu berada di neraka kerana dosa kita?? sedangkan kita mengaku hanya dia insan yang paling kita cintai.

Sementara masih ada waktu untuk kita menilai dan berubah..Ayuh muslimatku kita melangkah untuk berubah. tinggalkan yang batil dan melangkah lah dalam kebenaran. Hiduplah seperti orang yang beragama.
Sekadar itu coretan saya.

muslimatku..aku teralalu sayang padamu.



Thursday, May 26, 2011

kE ArAh MAnA HiDuP KiTa



Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat yang sudi menghabiskan masa bumi Tarbiyah ku ini…

Alhamdulillah berbanyak kesyukuran atas nikmat dah rahmat yang tidak putus-putus untuk kita… Nikmat bernafas yang belum lagi ditarik Tuhan… Nikmat pancaindera yang belum lagi ditarikNYA.. Sehingga kini kita masih lagi meniti hari-hari menuju ke destinasi akhirat.. Disinilah kita, di dunia sementara bercucuk tanam, menyiram benih-benih dengan pengharapan agar ia bisa tumbuh membesar… Sudah pasti destinasi akhirat tempat untuk kita menuai hasil tanaman kita… Persolannya adakah benih yang kita tanam itu boleh dituai dengan hasil yang baik dan berkualiti atau hanya sekadar pemberat neraca neraka…wanauzubillah minzalik…

Disini kita  sedang asyik menabur benih. Semakin hari semakin membiak tumbuh dan ada juga benih yang ditabur mati sebelum sempat dituai. Dalam kesibukan menabur benih adakah kita sirami dengan roh-roh al-Quran. Jika tidak usah bermimpi untuk mendapat tuaian yang baik diakhirat kelak.. sedangkan kita semua sedar bahawa di dalam air siraman al-Quran itu terkandung pelbagai zat yang diperlukan. Dalam al-Quran juga terkandungnya prinsip-prinsip akidah yang boleh mengcorakan pegangan kehidupan.. Dalam al-Quran juga terkandung asa-asa peraturan bermasyarakat agar kita mampu tumbuh dalam hidup bermasyarakat yang tahu tanggungjawab kepada insan lain. Kita juga sedar akan adanya garis-garis besar syariat di dalam al-Quran. Namun apalah ertinya kita tumbuh membesar tanpa kita mengikuti peraturan yang telah dibuat oleh ALLAH. Jika kita mampu mengikuti semua yang terkandung dalam al-Quran maka kita akan menjadi benih yang tumbuh mengikut perintahnya dan meninggalkan segala larangannya..

Dalam kesibukan menilai benih-benih yang kita tanam..Ayuh membawa minda dan berfikir sejenak????????
Apakah umat islam disekitar kita sedang mengamalkan al-Quran sehingga mereka yakin dan faham tujuan wahyu diturunkan????
Namun setelah menilai dan menyelidiki kita mula sedar bahawa kita masih jauh dari landasan al-Quran, yakni telah mengabaikan al-Quran.
Lantaran itu kita semua mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan semua umat islam ke jalan TUHAN….

-          TUJUAN HIDUP

Dengan tegas al-Quran telah memberi penjelasan kepada kita tentang tujuan hidup dan sasaran yang harus dicapai dalam hidup ini. Dalam al-Quran juga telah memberikan tanggapan kepada kehidupan manusia yang hanya mementingkan soal makan dan minum (kenikmatan duniawi) seperti firman ALLAH:

Maksudnya: dan orang-orang kafir itu bersenang-senang(di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan nerakan tempat tinggal mereka. 

Di dalam al-Quran juga ALLAH telah memaparkan tentang kesukaan manusia untuk menyebarlan fitnah dan melakukan kerosakan diatas muka bumi ini.

Maksudnya: “dan diantara manusia ada orang yang ucapanya tentang kehidupan dunia yang menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada ALLAH (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari mukamu) ia berjalan di muka bumi dan mengadakan kerosakan padanya, dan merosakan tanaman2 dan binatang ternakan dan ALLAH tidak menyukai kebinasaan” 

Itulah kehidupan yang dikejar oleh kebanyakan manusia kini. Semoga ALLAH memelihara kita daripada golongan yang meyebarkan fitnah dan melakukan kerosakan dimuka bumi ini. Mengharapkan ALLAH memelihara orang-orang yang beriman dari tergolong dalam golongan ini.
Melihat kepada maksud firmanNYA kita melihat tanggungjawab kita adalah besar dimuka bumi ini.
-           
PERJUANGAN ITU ADALAH PERGORBANAN

ALLAH memperjelaskan orang-orang yang berjuang untuk memcapai cita-cita dan disertakan dengan pengorbanan jiwa dan hartanya bagi telaksananya dakwah. Maka perjuangan tersebut adalah satu-satunya jalan yang harus ditempuh. 

Firman ALLAH: “sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mu’mim diri dan harta dengan memberi syurga untuk mereka….”

Selain itu juga, para dai’e yang merelakan diri di medan dakwah ini harus bersedia untuk mengorbakan kepentingan dunia untuk mendapatkan ganjaran di akhirat. Persoalannya?? Mampukah kita mengorbankan kepentingan dunia hanya untuk merasa sakit di medan dakwah??

Setelah menilai beberapa baris dari ayat al-Quran jelas kepada kita, bahawa kita hidup banyak menjadi hamba kepada dunia. Mengejar dan terus mengejar kemewahan hingga kita lupa tanggungjawab kita yang sebenar. Sedangkan ALLAH sudah menjanjikan balasan syurga bagi mereka yang megorbankan kepentingan diri dan kenikmatan dunia untuk menyampaikan dakwah. Tidak cukupkah nikmat syurga untuk kita? Sehingga kita tidak berhenti-henti meminta-minta agar kepentingan dan kebajikan kita harus diutamakan….

Jika kita sudah menilai diri sendiri maka kita kenal siapa kita? Adakah kita golongan yang hanya ingin hidup tanpa susah sambil menikmati kenikmatan dunia atau kita ingin hidup sebagai hamba yang taat dan patuh pada kehendak TuanNYA… Pilihan ada ditangan kita.. Nilai diri dan buatlah pilihan dengan sewajarnya dengan mendahului kepentingan akhirat..

Sebagai pengakhiran nya, berhentilah dari kita menjadi hamba kepada hawa nafsu, mementingkan diri sendiri, tamak dan hanya menginginkan makanan yang lazat, keindahan perhiasan, menginginkan tempat tidur yang empuk dan wanita yang cantik. 

Seperti kata sya’ir:
Mereka rela meninggalkan prinsip dan lari dari mencari keuntungan. Mereka pura-pura berjuang tetapi kosong”

Makan benarlah kata Rasullulah
“celakalah hamba dinar, celakalah hambar dirham, dan celakalah hamba harta benda dunia”

Sekadar itu sahaja perkongsian kali ini. Pengisian ini ditulis denga merujuk artikel “ke arah mana kita menyeru manusia . Oleh As syahid Iman Hassan Al Banna..

Yang baik itu sudah pasti datangnya dari ALLAH dan yang buruk dan jelik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri..

Ya ALLAH aku sudah menulis agar dapat ku seru jiwa-jiwa yang cinta kepada kebenaran agar terus teguh jiwa dan kakinya di medan dakwahMU. Ya ALLAH aku juga manusia biasa, ku mohon agar aku yang menyeru ini tidak pernah berpaliang dari jalanMU” ampunkan aku dan sentiasa berikan aku hidayahMu”
-sekian-
SaRaH iSmAiL


Friday, May 20, 2011

-SiApA kiTa Di PaNdAnGaN AlLaH-

Assalamualaikum buat teman-teman.

Ketika ini aku merasakan jiwa dan hatiku terlalu kosong. Aku menilai kembali saat dan masa yang telah aku tempuhi... Terlalu banyak perbuatan yang membawa aku melupakan Tuhan...Asafirullahhalazim...
Itulah hakikat kehidupan.... Kadang kadang kita sedar hakikat itu, namun kita tidak ada usaha untuk berubah. Kita terus-terusan membiarkan diri kita didalam kebinasaan.. Para malaikat dan seluruh makluk yang sujud kepada ALLAH tidak jemu-jemu mencaci maki setiap perbuatan kita..Tidak pula jemu menyumpah kita yang ego dan sombong ini.. Kita yang tidak pernah sedar hakikat kita yang menumpang dibumi ALLAH ini. 

Kitalah manusia yang ZALIM..Kita manusia yang zalim kepada diri sendiri.. Malah lebih keji lagi jika kita ZALIM kepada orang lain...Sedar @ tidak kita tidak jemu-jemu melakukan kezaliman.. Kita tidak meletakkan diri dan kehidupan kita pada tempat yang sepatutnya... Kita membiarkan diri kita didalam keadaan yang tidak berilmu..Kita membiarkan diri kita dalam keadaan hina ..Kita membiarkan diri kita dalam keadaan hidup penuh dosa dan kemaksiatan..

Teringat seketika kata-kata seorang adik " paling merugikan apabila kita kehilangan nikmat hati".. Jika kita menilai kembali nikmat-nikmat yang ALLAH telah berikan kepada kita tidak dapat dibandingkan dengan nikmat hati.. Jika hilang nikmat hati maka hancurlah seluruh kehidupan.. Kita tidak sedar tentang hakikat kezaliman yang kita lakukan.. Kita mula merasa enak dengan nikmat dosa dan kemaksiatan.. Malah kita mula merasa bangga dengan kemaksiatan yang kita buat. Tanpa rasa segan silu kita menunjukkan perbuatan yang ditegah oleh agama di hadapan khalayak.. Itulah kita apabila kita mula hilang nikmat hati...Wanauzubillahmizalik...



Terdetik dihatiku saat ini..Ramai yang memandang mulia usaha dan kerja yang telah kita buat dibumi ALLAH..sehingga kadang kala timbul rasa puas dihati... Rasa syukur kepada ALLAH entah kemana perginya. Itulah hakikat hidup ini..Apabila kita membina segunung keikhlasan dihati, syaitan mula datang untuk menghancurkannya. Sehingga kita lupa seketika niat asal kita.. Permulaan kerja adalah kerana ALLAH..Namun perakhiran kerja timpu rasa puas semata-mata... Ini kerana kita terlalu enak dengan pujian manusia... Ada manusia beangapan pujian itu adalah satu hanya merosakan keihlasan dihati..  

Setelah melalui liku hidup dengan penuh kehampaan, baru kita sedar bertapa hati mula rindu akan Tuhan... Kita mula memikirkan setiap detik dan keringat yang kita tumpahkan hanya sia-sia semata.. kerana apa?kerana hati kita hilang rasa ikhlas dan syukurrrr...
Betapa mulianya kita dipandangan orang..Bertapa hebatnya usaha kita hingga disebut-sebut orang..siapa tidak kenal kita...siapa tidak tahu usaha kita....kita merasakan meraka cukup tahu segala yang kita perbuatkannnnn... NAMUN semuanya adalahh SIA-SIA...kerana tiada apa yang istimewa dari kerja yang kita perbuatkan di PANDANGAN ALLAH.. kita hanya manusia yang hanya menghabiskan keringan, wang dan masa dengan sia-sia...Kerana usaha dan kepayahan yang kita perbuat hanya sia-sia dimata ALLAH...

Terfikir sejenakk...

Andai suatu masa nanti kita dibangkitkan oleh ALLAH di padang Masyar... Disana terdapat sahabat dan seluruh manusia yang mengenal kita... Tiba-tiba Allah memanggil kita untuk mengadap NYA..Kita dengan yakin segala usaha dan keringat kita akan menolong kita dihapan ALLAH...Sahabat-sahabat kita juga yakin  kita akan lepas daripada perhitungan ALLAH...TAPI semua silaaapppppp.. Dihadapan semua orang kita akan sedar hakikat bertapa kerja kita hanya sia-sia.....hanya letih semataa......Hati kita hanya utk manusia ketika berbuat baikkk..bukan untuk ALLAHH...sungguhh kita merasa rugi dgn keikhlasan yang hilang ituuuu......

Oleh itu..buat diriku dan juga teman-temanku yang sudah merelakan diri berkerja di jalan ALLAH...Ayuh kita menilai kembali niat dan iltizam kita..jangan biarkan ia menjadi sia-sia semata...Islam tidak pernah rugi tetapi kita yang akan rugiiii.....

Wednesday, May 11, 2011

Kasih Ibu Yang Terus hidup di hatiku

assalamualaikum dan salam seharum syurga ALLAH..

Alhamdulillah sehingga saat ini, saya masih diberi nafas dan kekuatan untuk teguh berdiri di medan dunia. Terlalu banyak ujian, rintangan dan cabaran yang memerlukan kekuatan untuk menghadapinya. Kadang-kadang kaki terasa berat untuk melangkah, kepala sudah berat menanggung, jiwa sudah mengaku kalah untuk terus berdiri menhirup udara tarbiyah ini. Namun kerana kudrat yang diberikan oleh ALLAH telah membuatkan ku terus meraba-raba mencari redhaNYA.. Tidak saya lupakan jasa dan pengorbanan insan yang bernama "Mak" telah membuatkan saya tumbuh membesar dengan roh kekuatan yang disuntik sekian lama.

Kiranya hampir 3 tahun saya memanggil nama "Mak" tanpa saya mendapat jawapan. Namun saya tidak pernah berputus asa untuk terus memanggil nama itu.. Tidak pula saya merasa penat dan kecewa. Mungkin tangisan di malam hariku, mungkin memanggil tanpa jawapan itu adalah hiburan bagiku. Mungkin jua perbuatan itu nampak seperti orang yang kurang akal @ gila namun itulah hiburan bagiku.. Biar lah apa pun yang hendah di fikirkan oleh orang lain, tetapi itu lah kekuatan bagiku...

Setelah sekian lama saya menyepi dari menulis.. Hari ini saya terpanggil untuk menuliskan sesuatu di sini.. Kisah insan yang sentiasa di hatiku. Hampir 3 tahun saya mengumpul kekuatan untuk menulis tentang insan ini..Bukan kerana kasih sayang yang kian pudar namun saya yang lemah untuk menyulam ayat-ayat terbaik buat dia..

Melihat kembali saat saya mula meningkat remaja, saya mendengar  kawan-kawan sekelas saya sibuk bercerita tentang sambutan dan ucapan hari ibu...Tapi difikiran saya terbayang sesuatu yang jauh kehadapan. Saya ingin berikan sesuatu yang lebih dari ucapan dan sambutan buat insan yang banyak berjasa buat saya. Saya ingin mak tahu yang saya terlalu menyanyaginya... Namun saya menanti saat itu bila usia saya berada di universiti..Saya fikirkan saya mampu melakukan sesuatu yang mampu membuat mak tersenyum bangga..
Namun segalanya tidakkk dapat saya lakukan ....saya merasakan bahawa saya orang yang paling menyayangi mak,Tapi saya silap..ada Zat yang lebih menyayangi dia..

Segala yang saya inginkan tidak dapat saya laksanakan.. Walaupun mak pergi sebelum mendapat penghargaan itu namun saya tetap berasa puas..Tangan saya yang pernah mak kucup ketika kecil dulu sempat berbakti untuk membantu kelangsungan hidup mak saat kesakitan itu datang.. Saat itu saya lihat mak insan yang paling tabah..Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH..Sentiasa Redha dengan setiap pemberianNYA..

Saat mak mula diberi hayat mak tidak pernah hidup senang...Sehingga lahirnya putera puterinya, mak tidak juga hidup senang.Mendahulukan keperluan anak-anak lebih daripada keperluan sendiri, Berjaga malam untuk membungkus nasi lemak, bersusah payah menahan kesakitan untuk memperjuangkan hak anak-anak...
Itulah sebahagian daripada pegorbanan mak....

Saat kami mula meningkat dewasa, hidup semakin sempurna..Anak-anak yang tahu tentang tanggungjawab telah membuat mak tersenyum.. Tetapi senyumnya tidak lama, Kesakitan demi kesakitan datang bertandang..Kadang2 mak boleh berjalan,Kadang-kadang mak hanya mampu merangkak, Kadang2 mak hanya mampu terbaring lesu..Namun mak tidak pernah sesaat lupa mengalungkan kalimah syahadahh...
saat itu air mata ku tidak henti menangis..Jika diberi pilihan saya ingin menanggung semua rasa yang dirasa oleh emak....

Sesakit mana pun, mak masih mampu tersenyum, masih mampu memasak makanan kesukaan saya..Masih mampu setia menanti kepulangan saya dari sekolah.. Ya Tuhan, terasa amat berat penderitaan ini,....Saya belum puas menghirup kasih dan belaian mesra makk.Rasa selamat dan tenang dalam dakapan mak...

Perjalanan hidup masih diteruskan...biar pun Mak sudah berjalan jauh meninggalkan ku..Namun saya masih merasa hangat belaian dan dakapan mesra. Masih merasa doa yang pernah panjatkan untuk ku....

YA ALLAH,ku mohon agar mengasihani mak ku seperti dia mengasihaniku swaktu kecil, Janganlah mak dihukum kerana dosaku, berikan mak ku syafaat dan tempatkan dia di SYURGAMU...

Al-Fatihah buat ibuku-HAMINAH BT IBRAHIM-

Tuesday, March 29, 2011

keCinTaan Di MedaN daKwah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM KASIH SAYANG..




Sudah terlalu lama saya tidak mencoretkan apa-apa di bumi tarbiyah ini..Bukan kerana proses tarbiyah itu tidak saya lalui tetapi saya mula merasakan keikhlasan utk menulis itu sudah makin hilang.. Lama saya mencari, namun tidak juga saya temui..Sehinggalah kini barulah saya ketemuinya kembali..

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana masih memberi saya hayat dan kekuatan dalam melangkah mencari dan menyampaikan kebenaran.. Perjalanan hidup di medan dakwah ini, sudah dijanjikan Tuhan dengan mehnah dan fitnah yang tidak pernah jemu untuk menghapiri para pejuang agama ALLAH. Apabila kita sudah merelakan diri untuk menjadi para pejuang agama ALLAH beerti kita juga merelakan diri diuji..Medan dakwah ini seperti sebuah kapal yang sedang belayar di lautan luas..ombak besar dan anging kencang itu ibarat mehnah dan fitnah dalam perjuangan ini.. 

Hakikat perjuangan yang djanjikan fitnah dan mehnah diketehui oleh semua pejuangNya.. Namun dalam menempuh mehnah dan fitnah itu tidak ramai yang mampu bertahan.. Tapisan demi tapisan untuk mentarbiyah dan menilai siapa para pejuang yang betul-betul rela dan ikhlas utk terus berada dijalan ini..Itu adalah kesukaran yg perlu dilalui oleh setiap pejuangNYA..

Saya ingin berbicara sedikit tentang para da'ie di medan universiti ini. Kita mungkin pernah melalui atau pernah mengikuti kisah-kisah para sahabat yang yang hebat di medan dakwah.Lantang bicaranya dengan penuh keberanian dan penuh kesedaran.Kita terasa amat kagum dengan mereka, merasakan usaha kita teramat jauh jika dibandingkan dengan mereka, merasakan pegorbanan mereka terlalu jauh dari pegorbanan kita dan merasakan kita juga tidak punyai apa-apa jika dibandingkan dengan mereka..Namun untuk berjuang tidak semestinya kita perlu berkorban dengan segenap yang kita ada..Lakukan dengan seikhlas yang kita mampu..Kerana perjuangan ini bukan dilihat kpd berapa besar kita ingin korbankan tetapi dilihat pd keikhlasan kita.. Jika kita merasakan kita hanya mampu ikhlas utk membancuh kopi sahaja untuk sahabat,itu sudah cukup untuk kita.. 

Bertapa pentingnya nilai ikhlas itu dalam perjuangan ini..Kerana apa, kerana ikhlas jugalah yang akan memastikan kita untuk terus berada di jalan dakwah atau tidak..Jika hati kita sudah ikhlas maka jangan takut untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dalam perjuangan.. Mungkin kita difitnah, mungkin juga kita diuji dengan kesetian dan mungkin juga kita diuji dengan pegorbanan yang sepenuhnya. Namun segala kemungkinan yang dihadapi ini boleh kita lalui dengan mudah apabila kita ikhlas menjadikan perjuangan itu sebagai tanggunjawab dalam kehidupan yang perlu kita lalui.  Usah risau tetang kemampuan kita kerana ada ALLAH yang setia memberi kekuatan..Mintalah kekuatan dari yang memberikan kita ujian....

Aturlah langkah di medan dakwah ini dengan seluas-luasnya. Berjalanlah di medan dakwah ini dengan penuh keyakinan bahawa ALLAH sentiasa ada utk menbantu. Melangkah lah dan terus melangkah..Jangan pernah terfikir untuk berhenti melangkah di medan dakwah ini..Jangan pernah terfikir untuk menukar langkah ke laluan lain selain laluan dakwah..Mungkin cara dan method yang kita gunakan berbeza tetapi matlamat kita tetap sama....

Para dai'e, bersabarlah dalam medan dakwah ini..Banyak kepahitan yang akan ditemui,banyak kepedihan yang bakal dirasai, banyak luka yang bakal berdarah,banyak parut yang bakal wujud..Namun itu semua kesakitan dunia.. Kerana apa ALLAH memberikan kita sebegitu rupa rasa sakit dan pahittt..Kerana ALLAH sudah menyediakan sesuatu yang manis dan menenangkan di syurga kelak. Perjuang lah merupakan mahar kita untuk ke syurga. Jangan kita menjadi golongan yang tercicir di medan dakwah dan jangan kita menjadi golongan yang hanya mementingkan diri sendiri.Kerana sekita kita adalah tanggujawab kita..Usah rasa selesa di dunia kelak di akhirat di janjikan azab yang pedih..

buat sahabat yang setia di medan dakwah ini....berpijaklah di bumi yang nyata..ku doakn kalian sentiasa taat dan terus istiqamah dalam perjuangan..


-sarah Isamail-
kerana sayang aku menulis