Pages

Thursday, August 11, 2011

aNdAi DiA pErgi sEbElUm mu

Assalamuaikum dan salam kasih sayang

Alhamdulillah, pertama dan selamanya bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah memanjangkan usia kita untuk melewati tarbiyah Ramadha. Tidak pernah dilupakan selawat dan salam kepada junjugan besar Rasulullah dan para sahabat yang bertumpah darah untuk menegakkan islam yang kita yakini kebenaranya hingga ke hari ini.  
Dalam keseronokan melawati hari-hari di bulan Ramadha ini, tetiba kesayuan hati datang menjengah diri. Teringat saat meniti hari mengenal erti penat dan lelah berpuasa bersama abang-abang tercinta. Dengan dorangan insan yang bergelar ibu, ku merasakan ramadha itu terlalu indah di sambut bersama. Tidak dilupakan insan terhebat dalam memberi inspirasi dalam kehidupanku iaitu ayahku, terasa indah mengikut ayah ke setiap ceruk masjid di kampung ku. Bahagia ibadat dengan kasih sayang dari ibu ayah, abang, kakak dan adik menambah lagi kemanisan beridat di bulan Ramadha.
Lengkap kehidupanku, selama 20 tahun ku diberi hayat, selama itu juga lah ibu dan ayah memberi tanpa jemu kekuatan untuk aku terus melangkah. 20 tahun terlalu panjang waktunya untuk dihitung setiap atur langkah yang telah aku tinggalkan. 20 tahun juga aku hidup menongkat kekuatan dari ibu dan ayahku. Hingga aku begitu yakin aku mampu berdiri dan melangkah sendiri melewati dunia ini. Setelah usia remajaku sampai ke usia matang, aku diberi ruang untuk bertatih dan berjalan sendiri dengan harapan bekalan selama 20 tahun dulu cukup untuk menjadi bekal perjalananku..
Kini 3 tahun sudah ku tinggalkan daerah kelahiran ku. Melangkah terlalu luas meninggalkan daerah itu dengan membawa bekalan 20 tahun didikan ibu dan ayah. Sehingga hari ini dan saat ini, ku merasakan kehidupan ini teramat sukar tanpa kalian yang menjadi udara untuk ku bernafas. Kadang-kadang aku jatuh tersungku menghadapi mehnah dalam kehidupan. Namun setiap kali ku tersungkur aku tidak pernah lupa untuk bangkit dengan meminjam kekuatan dari ibu. Aku bangkit dan terus bangkit. Niat aku hanya satu ingin membahagiakan insan bergelar ayah dan ibu. Tidak pernah ku lupakan setiap detik dan sen yang disumbanagkan oleh insan bergelar abang dan kakak. Aku mengejar ilmu kerana ALLAH tetapi untuk memberi manfaat kepada kalian semua.
Dalam ketidak sedaran ku mengukir senyum, ada rasa sakit masih belum sembuh. Luka ditinggalkan 3 tahun dulu masih terasa peritnya. Bukan ku tidak rela perginya ibu, namun aku hanya manusia. Langkah gagahku hanya dusta semata. Aku melangkah gagah hanya dengan meminjam kekuatan langkah ibu.  Aku redha perginya, itu yang terbaik dalam percaturan Tuhan. Namun aku masih dahaga dengan kasih sayang dan kekuatan darinya.
Aku tinggalkan duka itu jauh dari hidupku. Kerana hari ini aku hidup bukan untuk diriku semata, tetapi aku hidup untuk insan yang aku sayangi. Aku perlu hapuskan duka semalam agar aku mampu mengukir senyum untuk mereka yang mengharapkan kejayaan dan tenagaku. Hapuskan air mata agar ia tidak dilihat oleh sesiapa pun. Langkah perjuangan aku atur rapi. Melangkah dengan penuh gagah. Tidak mengapa aku bersedih seketika kerna itu fitrah. Namun aku perlu bersederhana kerna hari esok aku mesti bangkit semula. Akan ku katakana kepada diriku, ya, ibuku telah pergi, namun ibu pergi bersama doa ku. Kelak sampai masa dan waktunya aku pasti mnyusulmu ibu. Tugasku hanyalah menyempurnakan harapamu ibuku. Apa yang ibu inginkan itulah yang akan ku usahakan. Tidak akan ku biarkan nestapa itu manjadi halangan buat diriku. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu tidak kan ku lemas dipagut sendu.
Akan aku Pimjam langkah Rasulullah sebagai kekuatan buat diriku. Aku hanya kehilangan ibu tapi  aku masih mempui ayah. Sedangkan Rasulullah kehilangan semua, hilang ayah di saat baginda belum melihat dunia. Kehilangan ibu disaat baginda tidak mengerti erti hidup. Kehilangan datuk tercinta disaat baginda baru mengenal erti kehidupan. Baginda kehilangan Khadijah srikandi hebat disaat baginda memerlukan dorongan. Baginda kehilangan bapa saudara disaat baginda perlukan pembela dan pelindungan dari kejahatan jahiliah. Namun kehilangan telah menjadikan Rasulullah insan hebat. Membentu jiwa pejuang yang tidak gentar di uji dan tidak takut dikeji.
Ayuh buat mereka yang menanggung kesakitan akibat kehilangan, bangkitlah dan hapuskan seluruh air matamu. Pandanglah di setiap penjuru kehidupan yang mengharapkan kekuatan yang ada pada diri kita. Lontarkan fikiran jauh merentasi kesedihan itu dan carilah kebahagian dan berilah kebahagian kepada yang lain. kalian dan saya berhak bahagia di dunia. Tanam lah tanaman yang boleh kita tuai hasilanya diakhirat. Infaklah sebanyaknya buat insan yang telah pergi meninggalkan kita agar kita mampu bersama nya di syurga.
Sekian..
Wasalam
Melangkah tanpa jemu
-siti sarah salwani ismail-
  teristimewa buat shafizan ismail-kau ibarat nadi dalam hidup ku