Pages

Tuesday, March 29, 2011

keCinTaan Di MedaN daKwah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM KASIH SAYANG..




Sudah terlalu lama saya tidak mencoretkan apa-apa di bumi tarbiyah ini..Bukan kerana proses tarbiyah itu tidak saya lalui tetapi saya mula merasakan keikhlasan utk menulis itu sudah makin hilang.. Lama saya mencari, namun tidak juga saya temui..Sehinggalah kini barulah saya ketemuinya kembali..

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana masih memberi saya hayat dan kekuatan dalam melangkah mencari dan menyampaikan kebenaran.. Perjalanan hidup di medan dakwah ini, sudah dijanjikan Tuhan dengan mehnah dan fitnah yang tidak pernah jemu untuk menghapiri para pejuang agama ALLAH. Apabila kita sudah merelakan diri untuk menjadi para pejuang agama ALLAH beerti kita juga merelakan diri diuji..Medan dakwah ini seperti sebuah kapal yang sedang belayar di lautan luas..ombak besar dan anging kencang itu ibarat mehnah dan fitnah dalam perjuangan ini.. 

Hakikat perjuangan yang djanjikan fitnah dan mehnah diketehui oleh semua pejuangNya.. Namun dalam menempuh mehnah dan fitnah itu tidak ramai yang mampu bertahan.. Tapisan demi tapisan untuk mentarbiyah dan menilai siapa para pejuang yang betul-betul rela dan ikhlas utk terus berada dijalan ini..Itu adalah kesukaran yg perlu dilalui oleh setiap pejuangNYA..

Saya ingin berbicara sedikit tentang para da'ie di medan universiti ini. Kita mungkin pernah melalui atau pernah mengikuti kisah-kisah para sahabat yang yang hebat di medan dakwah.Lantang bicaranya dengan penuh keberanian dan penuh kesedaran.Kita terasa amat kagum dengan mereka, merasakan usaha kita teramat jauh jika dibandingkan dengan mereka, merasakan pegorbanan mereka terlalu jauh dari pegorbanan kita dan merasakan kita juga tidak punyai apa-apa jika dibandingkan dengan mereka..Namun untuk berjuang tidak semestinya kita perlu berkorban dengan segenap yang kita ada..Lakukan dengan seikhlas yang kita mampu..Kerana perjuangan ini bukan dilihat kpd berapa besar kita ingin korbankan tetapi dilihat pd keikhlasan kita.. Jika kita merasakan kita hanya mampu ikhlas utk membancuh kopi sahaja untuk sahabat,itu sudah cukup untuk kita.. 

Bertapa pentingnya nilai ikhlas itu dalam perjuangan ini..Kerana apa, kerana ikhlas jugalah yang akan memastikan kita untuk terus berada di jalan dakwah atau tidak..Jika hati kita sudah ikhlas maka jangan takut untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dalam perjuangan.. Mungkin kita difitnah, mungkin juga kita diuji dengan kesetian dan mungkin juga kita diuji dengan pegorbanan yang sepenuhnya. Namun segala kemungkinan yang dihadapi ini boleh kita lalui dengan mudah apabila kita ikhlas menjadikan perjuangan itu sebagai tanggunjawab dalam kehidupan yang perlu kita lalui.  Usah risau tetang kemampuan kita kerana ada ALLAH yang setia memberi kekuatan..Mintalah kekuatan dari yang memberikan kita ujian....

Aturlah langkah di medan dakwah ini dengan seluas-luasnya. Berjalanlah di medan dakwah ini dengan penuh keyakinan bahawa ALLAH sentiasa ada utk menbantu. Melangkah lah dan terus melangkah..Jangan pernah terfikir untuk berhenti melangkah di medan dakwah ini..Jangan pernah terfikir untuk menukar langkah ke laluan lain selain laluan dakwah..Mungkin cara dan method yang kita gunakan berbeza tetapi matlamat kita tetap sama....

Para dai'e, bersabarlah dalam medan dakwah ini..Banyak kepahitan yang akan ditemui,banyak kepedihan yang bakal dirasai, banyak luka yang bakal berdarah,banyak parut yang bakal wujud..Namun itu semua kesakitan dunia.. Kerana apa ALLAH memberikan kita sebegitu rupa rasa sakit dan pahittt..Kerana ALLAH sudah menyediakan sesuatu yang manis dan menenangkan di syurga kelak. Perjuang lah merupakan mahar kita untuk ke syurga. Jangan kita menjadi golongan yang tercicir di medan dakwah dan jangan kita menjadi golongan yang hanya mementingkan diri sendiri.Kerana sekita kita adalah tanggujawab kita..Usah rasa selesa di dunia kelak di akhirat di janjikan azab yang pedih..

buat sahabat yang setia di medan dakwah ini....berpijaklah di bumi yang nyata..ku doakn kalian sentiasa taat dan terus istiqamah dalam perjuangan..


-sarah Isamail-
kerana sayang aku menulis