Pages

Friday, April 13, 2012

Assamualaikum dan salam kasih sayang kerana ALLAH.

Pertama dan selama-lamanya, syukur kepada ALLAH kerana masih memberikan kita udara untuk terus bernafas. Tidak dilupakan juga selawat dan salam kepada Rasulullah dan para sahabat baginda.

Subhanallah.. indahnya hidup bersama syariat ALLAH. Itu perkataan yang mampu saya ucapkan. Syukur dan terus bersyukur bila saya mampu bertemu "hidayah" ALLAH disaat saya alpa. Alhamdulillah ALLAH memilih juga saya untuk dicampakan hidayahNYA. Sehingga kini saya tidak pernah berasa malu membuka cerita kenakalan saya. Bukan untuk menceritakan aib tetapi untuk menjadi motivasi buat yang lain. Jika saya mampu, saya juga yakin anda juga mampu berubah. Berubah bukan memerlukan kita menukar diri kita dalam sekelip mata menjadi orang yang alim. Mana mungkin kita mampu. Kerana apa saya berkata begitu? jawapanya kerana kita hanya manusia. Kita tidak kan mampu untuk mengubah tabiat kita dengan sekelip mata. Sebab itu islam amat suka dengan amalan yang sedikit tetapi istiqamah. Kerana bila mana kita membiasakan diri dengan satu kebaikan itu, lama kelamaan kita akan terbiasa dengan kebaikan. Oleh itu, kalian yang bergelar insan usah terlalu kecewa andai kata kalian belum mampu untuk mengubah diri. Rahsia kejayaan untuk berubah adalah dengan sabar dan isiqamah dengan kebaikan...

Ayuh wahai hamba ALLAH kita berhijrah menuju TUHANNYA. Tiada gunanya kita mengejar dunia yang sudah pasti milik kita. Ayuh tinggalkan dunia bagi mendapatkan akhirat. Bila kita terkejarkan akhirat dunia pasti akan mengejar kita. Tidak ada guna memiliki kekayaan dunia tetapi diakhirat kita muflis. Sanggupkah bila masa bertemu ALLAH kita bangkit dengan tanpa sebarang amal yang boleh membantu kita. Sungguh hinanya kita saat itu.

Oleh itu, bagi memastikan kita tidak muflis di akhirat kita kena berusaha dengan segenap yang kita ada. Kita perlu mencukupkan apa yang kita rasa kurang sebagai hamba. Adakah kita rasa cukup, dengan hanya mengerjakan solat, berpuasa, zakat, & menunaikan haji?? Adakah bila mana kita menyempurnakan semua itu kita sudah dikira muslim yang baik? Jawapanya tidakkkkkk!!!.. sebab itu adalah tanggungjwab kita sebagai muslim. Tapi muslim yang baik adalah mereka yang dekat dengan PENCIPTANYA. Dekat kah kita?? Tepuk dada dan terus terusan bertanya pada iman kita...

Hakikatnya masih belum terlambat buat kita semua untuk menuju ke jalan ALLAH. ALLAH masih lagi memberikan kita kesempatan dalam kesempitan hidup. Disaat hidup terasa sempit, carilah jalan TUHANMU.. Pasti kan ketemu jalan yang tidak disangka-sangka.

sekadar itu coretan ini
sekian
<sarah ismail>


Thursday, August 11, 2011

aNdAi DiA pErgi sEbElUm mu

Assalamuaikum dan salam kasih sayang

Alhamdulillah, pertama dan selamanya bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah memanjangkan usia kita untuk melewati tarbiyah Ramadha. Tidak pernah dilupakan selawat dan salam kepada junjugan besar Rasulullah dan para sahabat yang bertumpah darah untuk menegakkan islam yang kita yakini kebenaranya hingga ke hari ini.  
Dalam keseronokan melawati hari-hari di bulan Ramadha ini, tetiba kesayuan hati datang menjengah diri. Teringat saat meniti hari mengenal erti penat dan lelah berpuasa bersama abang-abang tercinta. Dengan dorangan insan yang bergelar ibu, ku merasakan ramadha itu terlalu indah di sambut bersama. Tidak dilupakan insan terhebat dalam memberi inspirasi dalam kehidupanku iaitu ayahku, terasa indah mengikut ayah ke setiap ceruk masjid di kampung ku. Bahagia ibadat dengan kasih sayang dari ibu ayah, abang, kakak dan adik menambah lagi kemanisan beridat di bulan Ramadha.
Lengkap kehidupanku, selama 20 tahun ku diberi hayat, selama itu juga lah ibu dan ayah memberi tanpa jemu kekuatan untuk aku terus melangkah. 20 tahun terlalu panjang waktunya untuk dihitung setiap atur langkah yang telah aku tinggalkan. 20 tahun juga aku hidup menongkat kekuatan dari ibu dan ayahku. Hingga aku begitu yakin aku mampu berdiri dan melangkah sendiri melewati dunia ini. Setelah usia remajaku sampai ke usia matang, aku diberi ruang untuk bertatih dan berjalan sendiri dengan harapan bekalan selama 20 tahun dulu cukup untuk menjadi bekal perjalananku..
Kini 3 tahun sudah ku tinggalkan daerah kelahiran ku. Melangkah terlalu luas meninggalkan daerah itu dengan membawa bekalan 20 tahun didikan ibu dan ayah. Sehingga hari ini dan saat ini, ku merasakan kehidupan ini teramat sukar tanpa kalian yang menjadi udara untuk ku bernafas. Kadang-kadang aku jatuh tersungku menghadapi mehnah dalam kehidupan. Namun setiap kali ku tersungkur aku tidak pernah lupa untuk bangkit dengan meminjam kekuatan dari ibu. Aku bangkit dan terus bangkit. Niat aku hanya satu ingin membahagiakan insan bergelar ayah dan ibu. Tidak pernah ku lupakan setiap detik dan sen yang disumbanagkan oleh insan bergelar abang dan kakak. Aku mengejar ilmu kerana ALLAH tetapi untuk memberi manfaat kepada kalian semua.
Dalam ketidak sedaran ku mengukir senyum, ada rasa sakit masih belum sembuh. Luka ditinggalkan 3 tahun dulu masih terasa peritnya. Bukan ku tidak rela perginya ibu, namun aku hanya manusia. Langkah gagahku hanya dusta semata. Aku melangkah gagah hanya dengan meminjam kekuatan langkah ibu.  Aku redha perginya, itu yang terbaik dalam percaturan Tuhan. Namun aku masih dahaga dengan kasih sayang dan kekuatan darinya.
Aku tinggalkan duka itu jauh dari hidupku. Kerana hari ini aku hidup bukan untuk diriku semata, tetapi aku hidup untuk insan yang aku sayangi. Aku perlu hapuskan duka semalam agar aku mampu mengukir senyum untuk mereka yang mengharapkan kejayaan dan tenagaku. Hapuskan air mata agar ia tidak dilihat oleh sesiapa pun. Langkah perjuangan aku atur rapi. Melangkah dengan penuh gagah. Tidak mengapa aku bersedih seketika kerna itu fitrah. Namun aku perlu bersederhana kerna hari esok aku mesti bangkit semula. Akan ku katakana kepada diriku, ya, ibuku telah pergi, namun ibu pergi bersama doa ku. Kelak sampai masa dan waktunya aku pasti mnyusulmu ibu. Tugasku hanyalah menyempurnakan harapamu ibuku. Apa yang ibu inginkan itulah yang akan ku usahakan. Tidak akan ku biarkan nestapa itu manjadi halangan buat diriku. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu tidak kan ku lemas dipagut sendu.
Akan aku Pimjam langkah Rasulullah sebagai kekuatan buat diriku. Aku hanya kehilangan ibu tapi  aku masih mempui ayah. Sedangkan Rasulullah kehilangan semua, hilang ayah di saat baginda belum melihat dunia. Kehilangan ibu disaat baginda tidak mengerti erti hidup. Kehilangan datuk tercinta disaat baginda baru mengenal erti kehidupan. Baginda kehilangan Khadijah srikandi hebat disaat baginda memerlukan dorongan. Baginda kehilangan bapa saudara disaat baginda perlukan pembela dan pelindungan dari kejahatan jahiliah. Namun kehilangan telah menjadikan Rasulullah insan hebat. Membentu jiwa pejuang yang tidak gentar di uji dan tidak takut dikeji.
Ayuh buat mereka yang menanggung kesakitan akibat kehilangan, bangkitlah dan hapuskan seluruh air matamu. Pandanglah di setiap penjuru kehidupan yang mengharapkan kekuatan yang ada pada diri kita. Lontarkan fikiran jauh merentasi kesedihan itu dan carilah kebahagian dan berilah kebahagian kepada yang lain. kalian dan saya berhak bahagia di dunia. Tanam lah tanaman yang boleh kita tuai hasilanya diakhirat. Infaklah sebanyaknya buat insan yang telah pergi meninggalkan kita agar kita mampu bersama nya di syurga.
Sekian..
Wasalam
Melangkah tanpa jemu
-siti sarah salwani ismail-
  teristimewa buat shafizan ismail-kau ibarat nadi dalam hidup ku


Tuesday, June 21, 2011

AkU hAnYa MaNuSiA

assalamuaikum dan salam kasih sayang

Alhamdulillah syukur atas nikmat imam dan islam yang telah ALLAH berikan kepada kita. Atas nikmat itu juga kita masih bernafas dgn roh iman dan islam yang kian hari kian menebal disegenap jantung dan hati. Roh iman dan islam ibarat jantung dan hati. Jika keduannya rosak maka rosaklah diri kita. Dalam kesibukan menempuh hari-hari di bumi tarbiyah ini amat menuntut diri utk bkerja lebih gigih lagi. semuanya utk memperkasakan iman dan islam  yang ada dalam diri ini..

Alhamdulillah Tuhan memberikan saya kesempatan waktu untuk sama-sama mencari ilmu ALLAH. di samping kesibukan mencari ilmu dunia kesempatan waktu untuk mencari ilmu akhirat tidak saya lupakan. Terasa segar di telingan mendengar baris-baris ayat dari bibir seorang dai'e yang tidak pernah kenal erti lelah dalam mengcari dan memberi ilmu. Semuanya kerana nilai tarbiyah dan dakwah... Nilai yang diperoleh dari tarbiyah dan dakwah amat manis dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..

Menilai kembali kerja keras ku dalam medan dakwah ini.. Rupanya terlalu sedikit.. Apabila bibir dai'e itu terus bergerak menutur kata, saya mula tersedar, sepanjang di medan tarbiyah dan dakwah ini, saya hanya menempuh cabaran kecil sahaja.Cabaran yang datang dari diri sendiri sahaja.. Cabaran dari nafsu dan amarah yang begelodak dari dalam jiwa. Namun bila disingkapkan kembali sirah dakwah RASULULLAH termat jauh nilainya dari medan dakwan yang saya lalui.. Cabaran yang saya lalui secubis cuma berbanding dengan cabaran yang Rasulullah dan para sahabat terima. Sepanjang di medan dakwah ini, saya tidak pernah dibaling batu atau najis seperti Rasulullah dan sahabat. Cabaran saya hanya secubit cuma. Namun saya sudah terduduk kelemahan. Inilah saya yang hanya manusia biasa..

Ketika penduduk taif menyakiti Rasulullah, sedikit pun Rasulullah tidak mengeluarkan kata-kata kesat.. Rasulullah menyambut ujian itu dengan sabar. Tetapi bagaimana dengan saya??? YA saya sering tewas dengan cucukan jarum dari syaitan. Amarah sering dilemparkan.. cepat sangat datangnya marah.. Menyambut cabaran yang ALLAH berikan bukan dengan sabar dan redha,.... Terasa jauh dengan akhlak yang Rasulullah tunjukkan,.......

Terus telinga ini mendengar sambungan kata-kata dai'e itu.. Kita yang berada di medan dakwah ini, cukupkah ilmu kita untuk mengajak orang berbuat baik.. mengajak orang kembali kepada yang haq dan meninggalkan yang batil.. Saya terus melayan fikiran untuk memikirkan ilmu yang ada.. Rasanya terlalu sedikit sahaja yang ada.. Ilmu setitik pun tidak sampai inikan pula saya nak sampaikan kepada orang lain.. Tetapi dai'e itu berkata  kita jangan menunggu untuk menjdi seorang yang sempurna tetapi tanggunjawab di medan dakwah ini adalah terletak kepada semua,.... "samapaikan walau sebaris ayat" hati saya mula kelegaan mendengan kata-kata itu.. Namun saya mula melakar mimpi untuk mencari sebanyak mana ilmu agar saya mampu memberi kepada orang lain... Mengharapakan nanti saya tidak memberi hanya dengan sebaris ayat kepada sahabat2 saya yang saya sayang..

Masa terus berlalu.... Dai'e itu terus melemparkan kata-kata terus kepada hati saya. Teringat saya dengan kata-kata abang saya.. Semua yang kita lakukan perlu datang daripada hati kita...Jika ilmu datang dari hati kita insyaALLAH akan sampai ke hati orang lain.. Bertapa pentingnya untuk menjaga hati.... Nilai hati dalam membantu kejayaan dakwah itu amat besar nilainya.. Saya belajar tentang persoalan hati... Betapa ia penting untuk membantu usaha dakwah dan tarbiyah.. Abang saya ada mengingatkan jika mengusahan sesuatu pekerjaan hati-hati dalam menjaga hati.. Jika tidak mempu menjaga hati, behentilah dari mengerjakan pekerjaan itu dan rawatlah hati.. Jika meneruskan pekerjaan itu tidak ada gunanya kerana hanya mendapat penat dan lelah sahaja..

Oleh itu sahabat, jangan pernah merasa penat kerana ujian perjuangan. singkapkan kembali sirah Rasulullah sebagai penguat perjuangan.. Jangan pernah merasa kurang nya diri di medan dakwah kerana kita masih diberi kesempatan masa untuk mencari...Jangan pernah mgambil mudah persoalan hati kerana ia menentutankan kearah mana hidupmu sbg seorang dai'e....

sekadar itu sahaja perkongsiaann..

sarah ismail




PERJALANAN MASIH JAUH

Tuesday, May 31, 2011

-SaYanG YaNg TiDaK aDa eRtiNya-

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang saya sayang kerana ALLAH...

Allahamdulillah masih jua hari ini diberi udara untuk saya terus bernafas. Walaupun perjalanan hari ini tidaklah seindah hari semalam namun itu lah tarbiyah dari ALLAH. Nampaknya ujian itu datangnya bertimpa-timpa. Tidak mengapalah, mungkin ALLAH sedang menyedikan tempat yang indah di syurga kelak andai kata saya ikhlas melalui ujian ini. Terasa berat bahu yang memikul terasa sakit hati yang merasa... Itulah ertinya tarbiyah.. Apa ertinya saya terus mencanangkan perkataan tarbiyah andai saya sendiri tidak pernah merasa dan melaluinya.

Saya tinggalkan dulu persoalan tarbiyah diri saya. Mari sahabat-sahabat, teman-teman, dan seluruh saudaraku... Kita meneroka sejenan nilai SAYANG yang ada di dalam hati kita.

Kepada siapa kita memberi sayang kita ??
sudah pasti kita semua ada senarai orang yang kita sayang. Terutamanya kita semestinya sayang kepada mak dan ayah kita. Sayang kepada kakak dan abang kita serta adik-adik kita. Sayang kepada insan yang diluar daripada keluarga kita. Terlalu ramai insan disekeliling kita yang kita sayangi.. Alhamdulillah sayang juga nikmat yang terindah dalam kehidupan..

Satu lagi persoalan yang ingin saya lontarkan yang perlu kita nilai bersama.
bagaimana kita mempamerkan rasa sayang kita kepada orang yang kita sayang???


Cukupkah sekadar dengan kata-kata;
- ayah dan mak saya sayang kalian sangat-sangat.


cukup dengan kata-kata itu???
Sudah pasti kita semua akan katakan sayang tidak cukup dengan hanya ucapan semata. Tapi sayang perlu dipamerkan. Sayang perlu dihargai, Sayang perlu dijaga dan perbagai lagi.
Mungkin kita semua sudah lupakan? walau apa pun yang kita buat, untuk membuktikan sayang kita tapi tetap juga kurang.
kurang kerana apa yang kita cuba buat untuk membuktikan sayang kita kepada mereka adalah hanya usaha didunia. Kita lupa, kita ucapkan sayang, kita ucapkan cinta, kita ucapkan rindu. TAPI???

kita tidak bersedia untuk bersungguh dengan kata-kata kita. Sekadar berbicara soal cinta dan semata.
Tetapi kita tetap membuatkan orang yang kita sayang diheret ke neraka..Salah kah apabila saya menyatakan setiap hari kita melakukan sesuatu yang membuatkan orang yang kita sayang ke NERAKA??

Kita lihat cara kita berpakaian, kita lihat cara kita bertutur. kita lihat cara kita berkawan..kita lihat cara hidup kita sehari-harian....
Adakah boleh menyumbang orang yang kita sayang ke syurga? Jika ada Alhamdulillah. Jika Tidak??

Itulah hakikatnya. Bila kita berpakaian tidak menutup aurat, bukan kita sahaja yang akan dihumban ke neraka tetapi kita mengheret ayah kita sekali. Suami kita juga akan deherat atas dosa yang kita lakukan.
Sanggupkah kita melihat ayah, suami, atau mungkin abang kita bergelumang dalam nerakan yang panas lantaran dosa kita?? Kita kata kita sayang mereka..kita kata kita cinta mereka. Oleh itu perkerjakan yang baik-baik sahaja untuk membuktikan rasa sayang kita.

Tiada nilainya rasa sayang dan apa sahaja yang kita buat didunia tanpa kita memikirkan kesannya diakhirat. Sedangkan ayah kita sudah menjada diri dan seluruh kehidupannya di dunia kerna takut akan neraka ALLAH. Tetapi kita tidak memikirkannya.
Sanggupkan kita melihat keringat tua itu dibakar kerana dosa kita sedangkan ayah sudah terlalu banyak berkorban untuk kita.
Sanggupkah kita melihat suami kita yang kita sayang itu berada di neraka kerana dosa kita?? sedangkan kita mengaku hanya dia insan yang paling kita cintai.

Sementara masih ada waktu untuk kita menilai dan berubah..Ayuh muslimatku kita melangkah untuk berubah. tinggalkan yang batil dan melangkah lah dalam kebenaran. Hiduplah seperti orang yang beragama.
Sekadar itu coretan saya.

muslimatku..aku teralalu sayang padamu.