Assalamualaikum Dan salam seharum syurga ALLAH..
Mengharapkan setiap sahabatku berada dalam keadaan sihat dan yang paling penting berada dlm rahmat dan Redha ALLAH.. Apa erti kehidupan andai kata Allah tidak Redha dgn setiap pbuatan kita. Ayuh sahabat kita mula meniti kembali hari semalam yang kita tinggalkan...Adakah kita masih berada @ memilih untuk berada d jalan yang jauh dari rahmat dan Redha ALLAH???Persoalan ini saya ajukan buat diri sendiri dan juga buat kawan2 saya.. Jika dulu saya juga seperti kalian...Memilih jalan keseronokan dan juga jalan yang hanya memberi hiburan.. Sudah pasti jalan itu jauh dari redha ALLAH..
Mana mungkin ALLAH redha jika kita berada di jalan yang melupaiNYA,mana mungkin ALLAH redha jika kita asyik dengan keseronokan dunia.. Jika dulu saya memilih untuk berada d jalan yang kelam dan penuh kegelapan,jika dulu saya seronok utk bersorak dan melompat d konsert2, jika dulu saya tidak kisah untuk mendedahkan aurat, jika dulu saya jauh dari rumah ALLAH, dan jika dulu saya amat suka berhibur.. Namun itu tidak bermakna saya akan terus d jalan itu.. saya sedikit pun tidak malu untuk menyatakan siapa saya sewaktu waktu dulu.. Tapi itu semua dulu.. Manusia mampu berubah, kerana hati kita milik ALLAH. Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh mencampakkn hidayahNYA d hati kita, namun semua terserah kpd kita.. Kita ingin sambut hidayah itu atau kita biarkan ia berlalu begitu sahaja..Semua bergantung kpd Kita..
Saat akal mula memikirkan bahawa diri ini terlalu berharga,saat hati mula di sentuh dengan roh hidayah dan saat itu juga diri mula rasa ingin berhijrah. Bermulalah langkah Hijrah ku atur di alam kampus.. Ada yang perasan akan perubahanku dan ada juga kawan2 yg sudah tidak rapat dengan ku lantaran saya memilih untuk berada di jalan dakwah. Saya bukan sahaja memilih untuk menjadi penyokong kpd perjuagan islam namun lebih besar dari itu.. Saya memilih untuk menjadi pdokong kepada perjuagan islam. Terasa beban dakwah itu amat berat untuk d pikul namun saya ada ALLAH yang sentiasa memberi kekuatan jiwa.. Ujian yang datang dan pergi hanyalah tarbiyah untuk membina hati yang kuat dan jiwa yang kental..
Berhijrah tidak semudah yang di fikirkan. Payah amat payah tapi untuk mendapat yang bernilai pasti kita perlu melakukan pgorbanan yang besar dalam kehidupan ini. Seorang yang memilih untuk berubah perlu ada 5 H dalam perubahan nya..
H yang pertama dan paling utama ialah kena memiliki "HATI" yang kuat...
bagaimana untuk kita memiliki hati yang kuat???Jawapanyan ada pada tahajud d 1/3 malam dan ada pada zikrullah.. Tahajjud ada lahh kekuatan untuk para pejuang agama ALLAH. Jika kita singkap kembali sirah Rasulullah, kita dapat temui kekuatan tentera islam bukan ada pada jumlah yang ramai namun ada pada Tahajjud. Rasulullah tidak pernah meninggalkan tahajjud. Atas sebab itu hati dan jiwa kekasih ALLAH ini amat kuat dan tidak pernah berputus asa. Begitu juga dgn kita.Jk kita ingin berubah, cari lah kekuatan itu pada tahajjud.. Kelak kita tidak akan mudah rebah deh ujian dan tidak pernah mati dek keji manusia. Perbanyak kan mengingati ALLAH dengan berzikir.. Jiwa yang kosong akan terisi dengan cinta ALLAH.. Dan manusia yang paling berjaya ada lah manusia yang sentiasa mengingati mati...
H yang kedua ialah "Hampiri" orang yang bersifat positif..
Jika kita ingin berjaya dalam penghijrahan kita, cubalah untuk hampiri orang yang sentiasa positif dengan jalan dakwah.Orang yang memikirkan jalan dakwah adalah jalan untuk mentarbiyah diri sebelum bertemu ALLAH.. kelak kita akan termotivasi dengan semangat para da'ie ini.. Biar siapa kita, biar secetek mana ilmu kita, kita jangan takut untk bersama mereka keran kita adalah sama tapi apa yang membezakan kita adalah tahap keTaqwaan kita pd ALLAH.. Jika ilmu kita kurang, carilah dan jangan pernah meninggalkan jalan dakwah..
H yang ketiga ialah "HINDARI" orang yang jauh dari jalan ALLAH..
Jika kita belum yakin dengan iman kita, elok kurangkan masa bersama orang yang jauh dari jalan ALLAH.. d bimbangi kita tidak mampu untuk menepis permintaan mereka untuk meninggalkan Hijrah yang kita pilih.. Akan tetapi kawan2 kita yang masih jauh dari jalan ALLAH jangan d biarkan mereka berterusan begitu.. Tarik lah mereka agar mereka juga menikmati roh hidayah ini.. Mereka menjadi tanggungjwab kita.. Mereka juga sedara kita..Mana tahu mereka mendapat hidayah lantaran kita..Dan kita org yg lebih mulia dr apa yg disinari matahari jika ada kwn2 mdpt hidayah lantaran kita.. Jangan cepat menghukum jk ada kwn2 melakukan kesilapan,angaplah itu sbhgian dari medan dakwah..
H yang keempat ialah "HAJAT"
Sebagai insan yang ALLAH ciptakan sbg khalifah ini harus hidup dengan ber"HAJAT" .. Berhajat kpd ilmu,berjahat kpd kjyaan,berhajat kepada perkara yang memberi manfaat kpd islam.. Binalah matlamat utk berjaya kelak akan ada usaha yang d palu utk mcapai kejayaan.
dan H yang terakhir ialah " HIJRAH".
sentiasa lah kita mebina hari2 yang kita lalui dengan Hijrah. Hijrah ke arah yang lebih baik.. Jika hari semalam amat mduka citakan, jgn biarkan ia berulang pd hari ini dan bina kewaspadaan utk menempuh hari esok.. Dalam peghijrahan ini yang paling penting ialah ilmu. cari lah ilmu ALLAH yang banyak ini untuk d pasakkan ke hati kita...Kelak kita juga akan berjaya..
sekadar itu dulu perkongsian saya ini..selamat berhijrah dan salam kembara..
saya SAYANG kalian..
-Sarah ismail-
No comments:
Post a Comment